Insan & Komuniti 18 Apr, 2020

MAJIKAN LARI!! KENA REBUS PUCUK, DAUN BETIK!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
KALAU kita merasakan kehidupan kita terkesan sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berikutan kesukaran untuk keluar mencari makanan ataupun bertemu sanak saudara. Tapi tahukah anda ada lagi individu lain lagi merana dan terseksa kerana kehabisan wang dan ‘tersekat’ untuk keluar membeli keperluan. : KitaReporters

DAUN betik direbus menggunakan kayu api oleh sekumpulan pekerja asing di Batu Pahat, Johor selepas terputus bekalan makanan. - Foto kredit Oriental Daily News.


Memetik laporan media Oriental Daily News, sekumpulan pekerja asing di Batu Bahat, Johor terpaksa menahan lapar dan dahaga berikutan terputus bekalan makanan. 

Lebih menyedihkan majikan mereka yang bertanggungjawab memberikan pekerjaan kepada kumpulan pekerja asing itu juga langsungtidak bertanya khabar.

Mereka langsung tiada wang untuk membeli kerana dibayar gaji berdasarkan hari mereka bekerja.

Keadaan berkenaan menyebabkan mereka terpaksa merebus pucuk dan daun betik untuk dijadikan hidangan mereka sejak beberapa hari.

RIBUAN pekerja asing yang mencari rezeki di negara ini terkesan berikutan penularan wabak COVID-19. -Foto BERNAMA.


Situasi menyedihkan itu terbongkar selepas seorang pengguna Facebook Xu Huishan yang menyertai aktiviti sukarelawan yang mengagihkan bantuan melihat sendiri pucuk betik direbus untuk dijadikan hidangan

Apabila ditanya, pekerja asing berkenaan mendedahkan hidangan itu sudah beberapa hari menjadi santapan mereka selepas tiada wang untuk membeli makanan.

Malah sekatan ketat oleh pihak berkuasa menyebabkan mereka bimbang untuk keluar membeli keperluan asas untuk memasak.

Malah, majikan mereka juga langsung tidak menjenguk pekerjanya selepas membayar gaji mereka 21 Mac 2020.

BANTUAN keperluan asas turut diagihkan kepada pekerja asing atas dasar kemanusiaan walaupun keutamaan diberikan masyarakat miskin tempatan.


Bagaimanapun keperitan hidup pekerja asing itu akhirnya mendapat perhatian sebuah badan kebajikan di bandar berkenaan yang ikhlas mengagihkan keperluan asas untuk mereka.

Walaupun keutamaan diberikan kepada keluarga tempatan, namun atas dasar kemanusiaan, sekumpulan warga asing itu tetap dibela.

Semoga ada pihak yang tampil membantu kumpulan itu walaupun hanya mencari rezeki di negara kita. - KitaReporters

 

2
0
13
0
0
You will be interested