Insan & Komuniti 26 Jun, 2020

Hadiah gelang getah untuk keluarga! Rezeki lain pula datang!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

EKORAN cerita yang dikongsikan oleh Pe Chey sebelum ini telah viral bagaimana beliau hadiahkan seutas gelang kecil emas yang dipanggil 'gelang getah' untuk isteri dan anak-anaknya.  Kini, siapa sangka daripada kisah viral itu, rezeki untuk keluarga kecilnya makin bertambah dan beliau tidak sangka itu terjadi. : KitaReporters



Kredit FB Pe Chey https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3412220648810708&id=100000684182543


Malah ada juga yang menawarkan beliau untuk promosi produk mereka dan banyak lagi.  

Lebih menarik, ada orang lain terinspirasi dengan kisah beliau apabila para suami juga mula belikan hadiah untuk ahli keluarga mereka.

Inilah orang kata, jika kita iklaskan rezeki untuk keluarga, pasti akan datang rezeki lain pula!!


Jangan pernah takut belanja atau keluarkan duit demi kebahagian keluarga.

Tapi ingatlah, berbelanja itu juga perlu ikut kemampuan kita.

Terdahulu, Pe Chey telah kongsikan kepada orang ramai bagaimana pengorbanan kecil beliau untuk beli gelang emas untuk anak dan isterinya 

Kredit FB Pe Chey https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3410050799027693&id=100000684182543


Bagi Pe Chey, biarpun ia tidak mahal dan kecil tetapi dapat melihat kegembiraan dan senyuman pada wajah mereka cukup memberi makna untuk dirinya.

Bagi Pe Chey, dia sepatutnya lakukan hal ini dah lama tetapi mungkin belum sampai rezeki untuk mereka.

Kepada suami yang baca ini, tunggu apa lagi, bolehlah pergi tengok harga emas sekarang berapa.

Isteri dan anak-anak, jangan paksa pula si ayah beli jika ia tidak mampu. Kesian si ayah nanti. - KitaReporters

2
1
0
0
0
You will be interested