Insan & Komuniti 22 Dec, 2022

3 beradik sempat bergambar main banjir! Sebelum tragedi renjat elektrik! Bapa reda kematian 3 anak!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this


TIGA beradik yang maut akibat renjatan elektrik dikatakan sempat pose (gayakan) beberapa keping foto mereka bermain air banjir pada group WhatsApp keluarga beberapa minit sebelum mangsa terbabit dalam tragedi menyayatkan hati di Kampung Bendang Surau, Morak, Tumpat, Kelantan pada 19 Disember 2022. 

Dalam kejadian berlaku pada pukul 11.45 pagi, kakaknya, Nurul Syazwani Mohd Nadzri, 33, dikatakan memegang sebatang tiang di rumah jiran yang berada di dalam air dan terkena renjatan elektrik sebelum mangsa rebah.

Melihat Nurul Syazwani terjatuh ke dalam air, dua adiknya iaitu Sakinah, 29, dan Fathiah, 27, cuba menyelamatkan kakaknya tetapi kedua-dua mangsa itu juga turut terkorban akibat dipercayai renjatan elektrik itu.


Lagi



MAYAT tiga beradik terbunjur kaku di dalam air selepas terkena renjatan elektrik pada 11.45 pagi 19 Disember 2022. - Kredit foto: Media Sosial.


Renjatan elektrik itu dipercayai berpunca daripada kebocoran pendawaian di sebatang tiang yang dipegang oleh Nurul Syazwani.

Bapa mangsa, Mohd Nadzir Mohamed, 67, berkata sebelum kejadian, tiga beradik itu dikatakan turun dari rumah untuk melihat air banjir berdekatan dengan rumah mangsa.


MOHD NADZIR MOHAMED


Menurutnya, sambil berjalan-jalan melihat banjir itu, ketiga-tiga mangsa itu dikatakan sempat merakam beberapa keping gambar kenangan untuk dikongsikan dalam group WhatsApp keluarga.

Menerusi gambar-gambar yang digayakan oleh mangsa, membayangkan tiga beradik itu begitu seronok bermain air banjir dan tidak ada tanda-tanda menunjukkan bahawa mereka akan pergi buat selama-lamanya ketika itu.

``Semua ahli keluarga saya terkejut dengan kejadian yang menimpa ke atas diri anak-anak saya.

``Keluarga saya seolah-olah tidak percaya bahawa Nurul Syazwani,  Sakinah dan Fathiah sudah tiada lagi kerana baharu sebentar mereka mengirim gambar dengan wajah riang dalam group tersebut’’ katanya.


JENAZAH tiga beradik meninggal dunia akibat renjatan elektrik dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Bendang Surau, Morak, Tumpat, Kelantan pada 11.45 malam 19 Disember 2022. - Kredit foto: Berita Harian


Mohd Nadzri berkata, kejadian itu berlaku dengan pantas dan mengakibatkan dia kehilangan tiga anak perempuan yang tersayang sekali gus dan ia amat menyedihkan keluarganya.

``Tetapi saya dan isteri saya, Zainun Sulaiman, 62, tetap reda dengan ketentuan Allah SWT,’’ katanya yang masih lagi mempunyai lima anak lelaki.

Warga emas itu berkata, sehingga sekarang dia masih terbayang-bayang ketiga anaknya terbujur kaku tidak bernyawa di lokasi kejadian selepas terkena renjatan elektrik itu.



Kredit foto: Berita Harian


``Meskipun, saya sekeluarga amat menyayangi mereka tetapi saya rasa  Allah lebih mengasihi mereka dan saya tetap mendoakan semoga roh Nurul Syazwani, Sakinah dan Fathiah tetap tenang di sana,’’ ujarya lagi. 

Mayat tiga beradik itu dibawa ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Morak pada pukul 11.45 malam 19 Disember 2022.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun turut menziarah dan memberi sedikit sumbangan kepada keluarga Mohd Nadzri di rumahnya di Kampung Bendang Surau, Morak, Tumpat, Kelantan pada 20 Disember 2022.


MUHAMAD Zaki (kiri) menziarah keluarga Mohd Nadzri (tengah) dan Zainun di rumahnhya di Kampung Bendang Surau, Morak, Tumpat pada 20 Disember 2022. - Kredit foto: Harian Metro

 

 

8
9
0
7
0
You will be interested