Insan & Komuniti 22 Mar, 2020

TERIMA KASIH KENNY ROGERS, THE LAST GAMBLER!

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this
ENAM dekad dia mengabdikan diri dalam arena seni dan menempa nama sebagai seorang penyanyi lagu-lagu ‘country’ yang popular di seluruh dunia. Pada Jumaat, 20 Mac 2020, pukul 10.25 malam, Kenny Rogers pergi untuk selama-lamanya pada usia 81 tahun di kediamannya di Colbert, Georgia,  Amerika Syarikat. : KitaReporters

KENNY ROGERS bersama anugerah yang dimenanginya selama enam dekad dalam dunia seni.


Dengan pemergiannya padamlah satu sinar yang selama ini menghiburkan dunia dengan kagu-lagu menusuk kalbu seperti Lady dan The Gambler.

Menurut laporan NBC News, Rogers meninggal di hadapan keluarganya yang selama ini menjaganya dengan penuh kasih sayang. 

Dia meninggalkan isteri, Wanda dan empat orang anak lelaki. Kematiannya dilaporkan sebagai kematian biasa, bukan kerana sakit tertentu.

KENNY ROGERS bersama rakan seperjuangan yang juga rakan baik, Dolly Parton. Mereka kerap mengadakan persembahan bersama dan marakamkan lagu duet. - Kredit foto: Alamy Stock. 


Nama Rogers tidak asing di Malaysia dan pernah datang ke negara ini merasmikan rangkaian restoran makanan berasaskan ayam milik beliau, ‘Kenny Rogers Roasters’

Bagaimanapun syarikat ini kemudian dijual kepada syarikat lain pada 1998. Namun ia masih beroperasi di negara ini dengan francais dipegang oleh Berjaya Roasters (M) Sdn. Bhd.

Rangkaian restoran itu mulanya diasaskan oleh Rogers pada 1991 bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kentucky Fried Chicken, John Y Brown yang juga bekas Gabenor Kentucky. 

Ibu pejabat syarikat rangkaian restoran tersebut ialah di Atlanta, Georgia. 

SALAH sebuah restoran Kenny Rogers Roasters di ibu negara.


Selain keluarganya yang mengumumkan kematian penyanyi itu, ia turut disahkan melalui kenyataan firma pengurusannya, SKH Music.

Kenyataan tersebut juga memaklumkan, urusan pengkebumian akan diadakan secara sederhana  memandangkan wabak Koronavirus-2019 atau COVID-19 yang kini menular ke seluruh dunia.

Selain popular degan lagu Lady dan The Gambler, Rogers juga popular dengan lagu-lagu seperti  Island In The Stream, Lucillle, She Believes in Me dan Through the Years.

Dia yang memenangi tiga Anugerah Grammy dan seorang lagi penyanyi ’country’ popular, Dolly Parton, sering bekerjasama dan berduet menyanyikan beberapa lagu popular seperti Islands in the Stream, Love Is Strange, Real Love dan You Can’t Make Old Friends.

Pada 2015, dalam satu wawancara dalam program Today terbitan TV NBC, Rogers pernah memberitahu dia berhasrat mengundurkan diri daripada seni setelah 50 tahun berkecimpung di dalamnya.  

Ketika itu penyanyi yang berasal dari Texas itu memberitahu, dia sudah terlalu lama dalam seni dan telah mencapai lebih daripada apa yang ingin dicapai. 

Dia mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga .

GAMBAR FAIL November 2013 ketika Kenny Rogers di belakang pentas selepas menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Willie Nelson, di Nashville, Tennessee. - Kredit foto: Reuters


Roger memilik 24 lagu paling popular sepanjang kariernya dan memenangi anugerah Persatuan Muzik Country sebanyak enam kali. 

Dia juga memenangi Anugerah Grammy dan dicalonkan 19 kali untuk anugerah itu.

Dia juga diterima masuk dalam ‘Country Music Hall of Fame’ pada 2013, tahun yang sama dia menerima  Augerah Kejayaan Sepanjang Hayat Willie Neslon dari Persatuan Country Muzik.

Dilahirkan di Houston, Texas pada Ogos 1938, Rogers mula menarik perhatian ramai melalui lagu That Crazy Feeling

Dia menubuhkan kugiran The First Edition dan popular dengan lagu  Just Dropped In.

Selepas kumpukan itu berpecah, Rogers memulakan karier solo dan mencapai kejayaan besar melalui lagu country balad bernada sedih, Lucille, pada 1977.

Dia menempa lebih kejayaan melalui Love Or Something Like It, Sweet Music Man, The Gambler, Everytime Two Fools Collide, dan lagu-lagu hit lain termasuk We’ve Got Tonight.

Kejayaan besarnya ialah melalui lagu Lady, yang dicipta oleh Lionel Ritchie. 

Lagu ini mendapat sambutan hangat daripada seluruh pendengar, tanpa mengira peringkat umur atau genre muzik mereka.

Rogers kemudian mengembangkan bakat daripada seorang penyanyi ke bidang lakonan. 

Beliau membintangi filem untuk TV berdasarkan lagu The Gambler dan lagu-lagu lain. Kemunculan ini menjadikan beliau superstar dalam tahun 1970-an dan 80-an.

GAMBAR FAIL Jun 2005 semasa Kenny Roger menyanyi pada Festival Muzik Country di Nashville, Tennessee. - Kredit foto: Reuters.


Bagaimana hebat pun kejayaannya dalam filem, Rogers tetap mahu diingati sebagai seorang  penyanyi country kerana baginya itulah asal usul kejayaannya dalam seni.

Rogers berpegang kepada prinsip jika hendak berbuat sesuatu seperti apa yang orang lain buat, seseorang mestilah melakukannya dengan lebih baik. 

Atau lakukan apa yang orang lain tidak lakukan dan tidak perlu membuat perbandingan.

Kerana itulah, katanya, dia cuba beralih daripada muzik country kepada berlakon kerana merasai dia tidak akan dapat menandingi penyanyi country lain seperti Willie atau Waylon. 

 Jadinya dia mencuba sesuatu yang dia boleh lakukan tanpa dibandingkan dengan tokoh-tokoh hebat tersebut.

KENNY Rogers mengadakan persembahan di Polladium, London pada November 2016. - Kredit foto: Getty Image Files.


Pada pagi Sabtu 21 Mac 2020, Persatuan Muzik Country dalam tweetnya menyebut: 

"Muzik country telah kehilangan tokoh ternama, Kenny Rogers. Namanya terpahat  dalam sejarah muzik country dan akan dikenang selamanya. 

"Persatuan bersimpati dengan keluarga dan rakan Rogers di saat sedih ini."

Gabenor Texas, Greg Abbott menyampaikan ucapan takziah kepda keluarga Rogers, yang pernah menerima Pingat Seni Texas, negeri kelahirannya.

“Penyanyi kelahiran Texas ini adalah seorang legenda seni dan kehilangannya sangat dirasai,” kata Abbott. - KitaReporters




2
1
0
0
0
You will be interested