Insan & Komuniti 05 Jan, 2021

Jumlah kematian akibat Covid-19 di Amerika Syarikat naik mendadak! Satu maut setiap 33 saat!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

AMERIKA Syarikat (AS) terus menduduki tangga teratas statistik Covid-19 dunia dan kini menghadapi cabaran baharu dalam perjuangan memerangi pandemik tersebut. Dalam seminggu terakhir ini, jumlah kematian harian akibat Covid-19 di AS meningkat secara drastik. Ini menjadikan AS kekal sebagai negara mempunyai pesakit Covid-19 dan kadar kematian yang tertinggi di dunia. : KitaReporters


Jumlah kematian di Amerika Syarikat akibat Covid-19 semakin membimbangkan. - Kredit foto: AP


Menurut laporan CNN pada hari ini Selasa, 5 Januari 2021, data perangkaan daripada Johns Hopkins University (JHU) menunjukkan AS mempunyai rata-rata 2,637 kematian akibat Covid-19 setiap hari, dalam seminggu terakhir. 

Dengan angka itu bererti secara purata, satu kematian akibat Covid-19 berlaku setiap 33 saat di AS.

Bulan Disember 2020 menjadi bulan paling ‘memakan korban’ di AS sejak pandemik Corona merebak, dengan sekurang-kurangnya 77,572 orang meninggal dunia pada bulan tersebut. 

Jumlah kematian akibat Covid-19 di AS akan terus bertambah kerana peningkatan jumlah kes baharu dan jumlah rawatan di hospital terus berlaku. 


Kredit foto: coronatracker.com pada 5 Januari 2021.


Kredit foto: nytimes.com


Sementara itu, pada Isnin, 4 Januari 2021, AS kembali mencatat rekod tertinggi untuk jumlah rawatan di hospital akibat Covid-19. 

Data terbaharu daripada Covid Tracking Project (CTP) menunjukkan 128,210 orang dirawat di hospital akibat Covid-19 hingga Isnin, 4 Januari 2021. Ini menandakan hari ke-34 berturut-turut, AS mencatatkan jumlah rawatan di hospital melebihi 100,000 orang sehari.

Setakat ini, menurut data JHU, sebanyak 20,800,517 kes korona telah disahkan di AS, dengan 353,328 kematian. 

Dengan angka itu, AS masih berada di tempat pertama sebagai negara dengan jumlah kes jangkitan dan kadar kematian akibat Covid-19 terbanyak di dunia.

Dalam seminggu terakhir, AS mencatat rata-rata 213,437 kes baru Covid-19 setiap hari. 

Para pakar tempatan berpendapat, tingginya tambahan kes harian itu sebahagian besar disebabkan oleh amalan berkumpul beramai ketika cuti hujung tahun. - KitaReporters


0
0
2
0
0
You will be interested