Insan & Komuniti 04 Jan, 2023

Video| Alamak! Tak sangkanya! Remy Ishak jadi jurufoto misteri! Gigih tolong rakamkan gambar pasangan!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


PERKONGSIAN isteri kepada pelakon popular, Remy Ishak yang suaminya begitu gigih untuk membantu menangkap gambar satu pasangan di sebuah tasik telah menjadi tular dalam media sosial sehingga meraih lebih 1.4 juta tontonan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @roseezza, kelihatan aktor itu mengambil gambar pasangan terbabit dengan banyak kali dari sudut yang berbeza dengan memakai topi dan pelitup muka sehingga menyebabkan pasangan itu tidak perasan identiti Remy yang menangkap gambar mereka.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Remy Ishak


“Tadi singgah di Tasik Cermin, ada satu pasangan minta tolong ambilkan gambar, macam biasala suami ku memang gigih kalau bab ambil gambar. Mahu dapatkan shot yang cantik.

“Harap pasangan ini gembirala dengan gambar yang dia ambil, kerana mereka tidak perasan siapa fotografer misteri ini,” kongsinya di laman aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial memuji usaha artis itu yang memenuhi permintaan bagi membantu menangkap gambar sehingga pasangan berkenaan telah menyedari gambar mereka ditangkap oleh pelakon popular yang turut luah rasa segan kerana tidak menyedari lebih awal momen itu.




“Ok tuan badan hadir, Ya Allah sumpahla Remy Ishak tolong ambilkan gambar kami, malunya tidak perasan” kata @tachachaaaa.

“Ingatkan seorang cameraman yang terkenal rupanya Remy,” ujar @Ainnur_Naufara.

“Saya baru nak cakap siapa suami sis ni femes sangat ke. Sekali buka komen, bukan pasangan itu sahaja tak perasan, saya pun tak perasan itu adalah Remy,” kata @IqaTudungLover. - KitaReporters



9
15
0
12
0
You will be interested