Insan & Komuniti 29 Mar, 2023

Cakap pandai! Tapi pandai bercakap tak bermakna mahir berkomunikasi! Bercakap ada seni dan ilmunya!

@rahanamd
Bekas Wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Majalah Wanita dan akhbar di Ibu Pejabat Jalan Chan Sow Lin dan biro Kelantan.

Share this


Setiap hari kita bercakap sama ada dengan seorang individu lain atau dalam kumpulan. Bagaimanapun ada antara kita setiap kali berhadapan dengan situasi tersebut, patah perkataan yang digunakan tidak tersusun malah perasaan kita resah dan cemas malah paling teruk kita gagal untuk memberitahu apa yang sepatutnya disampaikan.

Kenapakah wujud rasa tidak yakin untuk bercakap meskipun ada antara mereka memiliki pekerjaan yang baik, berjawatan tinggi malah mempunyai taraf pendidikan cemerlang.

Benarkah kemahiran bercakap atau berkomunikasi dengan yakin mempunyai kaitan bagaimana kita dibesarkan atau mungkin tergolong sebagai introvert iaitu  cenderung menyukai kondisi yang tenang dan gemar menyendiri.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penganjuran seminar-seminar


“Succes is led by the power of communications,”  tegas Pengarah Urusan Neuronworks International Sdn Bhd (NISB) Rizal Rashid. Beliau percaya komunikasi yang sebenarnya membantu untuk individu berjaya dalam apa juga karier yang diceburi. 

Bagaimanapun beliau menafikan latar belakang dan tahap pendidikan individu sebagai  penentu menguasai teknik dan kemahiran bercakap atau berkomunikasi dengan baik.

“Tidak yakin berkomunikasi dan tidak mahir bercakap secara berstruktur bukan  kena mengena dengan latar belakang seseorang dibesarkan atau dikaitkan dengan pendidikan. Meskipun mereka introvert atau sebaliknya tergolong sebagai extrovert yang menyukai lingkungan yang interaktif ia tidak ada kaitan. Jika ada yang mendakwa hubungan antaranya ia adalah mitos,”  katanya.

Rizal berkata demikian selepas tampil  dalam Seminar Speak With Confidence yang diadakan selama dua hari iaitu 11 dan 12 Mac lepas di Cyberjaya dan dihadiri seramai 614 peserta dari seluruh negara. 

Mereka terdiri dalam kalangan profesional, usahawan, pemilik perniagaan , penjawat awam, pesara, pelajar  dan individu yang berhasrat untuk menguasai ilmu komunikasi yang berkesan.


Rizal Rashid ketika mengadakan seminar Speak With Confidence di Cyberjaya.


Berpengalaman selama 15 tahun sebagai jurulatih komunikasi berpengaruh, katanya berdasarkan pengalaman mendampingi peserta meskipun individu memiliki PhD, berjawatan tinggi dan terkenal masih ada kelompangan dalam teknik komunikasi mereka.

“Hakikatnya semua orang boleh bercakap tetapi melatih diri berkomunikasi dengan yakin dan mempunyai kualiti harus disertai dengan seninya dan dikaitkan dengan ilmu, pengalaman dan kaedah bagaimana kita mengawal otak untuk mengeluarkan kata-kata yang elok tersusun dan berstruktur.

“Menguasai kemahiran berkomunkasi sangat penting terutama kepada golongan yang mahu setiap kata-kata dan ucapannya berupaya mempengaruhi orang yang mendengar.

“Misalnya dalam kalangan keluarga, ibu bapa mahu anak-anak mendengar kata, ketua atau yang berpangkat mahu kakitangan teruja dengan apa yang disampaikan, para usahawan mahu kata-kata yang manis didengar oleh para pelanggan begitu juga kumpulan artis  berusaha setiap butir kata-kata mempesonakan,” ujarnya.


Rizal Rashid (hadapan) bersama para peserta seminar Speak With Confidence di Cyberjaya


Rizal menambah, mereka yang mempunyai kemahiran komunikasi yang bagus akan beroleh lebih banyak peluang, berkesan dan berpengaruh.

Justeru beliau yang mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan yang telah mengendalikan banyak bengkel dan seminar serta melatih hampir 50,000 peserta dalam dan luar negara akan meneruskan aktiviti tersebut secara bersemuka seperti tahun-tahun sebelumnya. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pihaknya mengadakan kelas dalam talian.

Katanya, seminar selama dua hari itu selain membukanya kepada umum turut mengiktiraf 45 peserta bertaraf graduan yang telah mengikuti Program The Influential Club (TIC) dan menerima sijil Profesional Interpersonal Communication Skilss yang diktiraf oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTMSPACE).

“Program yang diasaskan sejak 2021 ini akan memastikan setiap ahli TIC memperoleh ilmu dan pengalaman berimpak tinggi malah pelaksanaan dibantu oleh jurulatih dan Persona Expert dari NISB, Dr. Farah Shafeera @ Ann Ibrahim yang juga merupakan pensyarah kanan dari Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor.

“Objektif program ialah menyediakan platform untuk ahli belajar dan mempraktikkan modul-modul khas komunikasi tanpa mengira profesion dan latar belakang untuk meningkatkan dan mengasah kemahiran bercakap dan berkesan,” katanya.

Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pengarah Sepanjang Hayat UTMSPACE, Ts Sr Dr. Zakaria Mohd Yusof. Empat ahli juga menerima anugerah khas sepanjang enam bulan mengikuti program. 

Norlin Alwai dan Zulkarnain Hashim diberikan The Influential Awards, Anizah Ishak menerima Transformations Awards dan Ghuzailaila Abd Rahim menerima  anugerah The Outstanding Imrovement Awards. - KitaReporters


Rizal Rashid (barisan belakang. lima dari kiri); Ts Sr Dr. Zakaria Mohd Yusof (barisan belakang, enam dari kiri); jurulatih dari NISB , Dr. Farah Shafeera @ Ann Ibrahim (barisan belakan, enam dari kanan); dan ahli Program The Influential Club (TIC) bersama sijil Profesional Interpersonal Communication Skills yang dikitiraf oleh UTMSPACE pada seminar Speak With Confidence di Cyberjaya.

 

12
16
0
13
0
You will be interested