Insan & Komuniti 13 May, 2020

Nak murah rezeki?? Cuba ikut 2 tip dikongsi Ustaz Ebit Lew!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

DALAM kehidupan hari ini khususnya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKB) memang diakui bahawa kita sedang berhadapan dengan situasi begitu mencabar terutama bagi mereka yang hilang mata pencarian. Nak beli barang dapur, nak bayar bil itu dan ini, nak beli barang keperluan harian dan banyak lagi harus dibelanjakan menyebabkan timbulnya keserabutan dalam diri kita. : KitaReporters


Kredit foto: FB Ustaz Ebit Lew


Tapi kita sebagai orang islam harus percaya kepada beberapa amalan yang telah diajar oleh islam dimana ia dapat membantu kita dalam menyesaikan masalah ini. 

Kredit video Pesan Ebit Lew. 


Penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew telah berkongsikan 2 tip yang boleh diamalkan agar rezeki kita mencurah iaitu hubungkan silaturahim dan sedekah

''Orang cari gaduh dengan kita, kita jangan cari gaduh kita balas dengan baik, nanti Allah sayang.

"Kita maafkan orang, rapatkan hubungan mana-mana keluarga terputus," kata Ustaz Ebit.

Ingat!!! 

Rezeki tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit tetapi ia boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti dipermudahkan urusan harian, ditemukan bersama orang baik dan banyak lagi. 

Selain itu, katanya, lagi banyak kita bersedekah lagi banyak rezeki akan datang. 

Buktinya jelas, lihat saja apa yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew ketika ini amat luar biasa. 

Kredit foto: Ebit Lew


Apa yang diperkatakan oleh Ustaz Ebit Lew, itulah yang beliau amalkan maka tidak hairanlah kenapa beliau boleh bersedekah tidak terhitung jumlah wang ringgit kepada mereka yang memerlukan. 

Malah, mereka yang bertemu dengan beliau juga sentiasa dipermudahkan segala urusan termasuk keluarga yang dahulu sukar hendak pindah rumah, tetapi dengan cara Ustaz Ebit, ia dimudahkan. - KitaReporters


9
0
2
0
0
You will be interested