Insan & Komuniti 11 May, 2023

Jom sertai kempen Rezeki Qurban 2023! Islamic Relief Malaysia laksana ibadah korban di enam negara!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) tahun 2023 ini sekali lagi membuka peluang kepada masyarakat prihatin untuk melaksanakan ibadah korban melalui kempen Rezeki Qurban yang dibawakan dengan slogan #zahirkankesyukuran.

Ketua Pegawai Eksekutif IR Malaysia, Mohd Shukor Tahir berkata, pihaknya membuka penyertaan sebanyak 677 bahagian korban dalam kempen Rezeki Qurban 2023.

“Setiap tahun, IR Malaysia komited untuk menjadikan ibadah korban umat Islam di Malaysia khususnya lebih bermakna. Mereka berpeluang melaksanakan ibadah korban di samping membantu golongan memerlukan menerusi agihan sumbangan daging korban.

“Tahun ini (2023), bermula dengan penyertaan serendah RM375 satu bahagian, IR Malaysia bakal melaksanakan ibadah yang sangat dituntut dalam Islam ini di enam buah negara konflik iaitu Mali, Malawi, Somalia, Yaman, Syria dan Palestin,” katanya.



Tambah Mohd Shukor lagi, dalam usaha memastikan penerima sumbangan daging korban adalah mereka yang benar-benar layak, proses penilaian dan pemilihan penerima manfaat daging korban yang dilaksanakan Islamic Relief adalah berpandukan 19 kriteria. 

Antaranya, isi rumah yang diketuai ibu tunggal; orang tua dan OKU; ketua keluarga yang bergantung harap dengan pendapatan gaji harian; isi rumah yang hidup di bawah paras kemiskinan; penduduk yang terjejas akibat bencana seperti banjir, kebakaran, tanah runtuh; wanita mengandung dan menyusu; warga emas, anak yatim, komuniti atau etnik yang terpinggir; pelarian dalam negara (IDP); dan lain-lain.

“Asas pemilihan negara-negara bagi pelaksanaan korban yang ditawarkan Islamic Relief antaranya meliputi aspek ekonomi sesebuah negara, di mana penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan, negara yang berdepan krisis dan konflik kemanusiaan berpanjangan serta penduduk di negara yang berdepan masalah kekurangan zat makanan atau malnutrisi,” kongsi Mohd Shukor.

Setiap keluarga terpilih akan menerima kira-kira antara 2 kilogram hingga 4 kilogram daging korban yang dijangka boleh bertahan bagi tempoh satu minggu.

Jenis haiwan korban pula adalah berbeza mengikut negara terlibat antaranya lembu, kambing atau biri-biri.

Selain penyertaan ibadah korban, IR Malaysia juga menyeru kepada semua untuk menyumbang serendah RM10 melalui pakej Sedekah Qurban 2023.

Orang ramai yang ingin melaksanakan ibadah korban bersama IR Malaysia, boleh membuat pendaftaran terus ke laman sesawang www.islamic-relief.org.my sehingga 23 Jun 2023 atau hubungi 03-8926 3434 untuk maklumat lanjut. - KitaReporters/Kenyataan Media



Rezeki Qurban:

Tahun lalu (2022), secara keseluruhan, Islamic Relief telah menyantuni lebih 4 juta individu penerima manfaat di 28 buah negara dengan edaran daging korban sebanyak 735,433 pek.

Melalui penyertaan bersama IR Malaysia pula, sebanyak 19,802 individu penerima manfaat di 29 buah negara disantuni melalui edaran 2,886 pek daging korban.

Pakej Rezeki Qurban 2023:

19
10
0
10
0
You will be interested