Insan & Komuniti 29 Nov, 2022

Video| Piala Dunia 2022! Putera Qatar jadi kegilaan netizen! Tersangat comel macam maskot, La'eeb!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Abdulrahman Fahad al-Thani tiba-tiba muncul terkenal dalam kalangan peminat China kerana gelagat dan mimik mukanya yang dianggap sangat dramatik dan kelakar membuatkan dia disamakan dengan maskot Piala Dunia, La'eeb. - Kredit gambar China Daily.


"What! (Apa!) Gelagatnya yang sangat lucu bila marah secara tidak sengaja itu, rupanya sangat supercute (tersangat comel)." kata warga TikTok ketika memberi komen apabila seorang remaja dari Qatar, Abdulrahman Fahad al-Thani yang membuat gaya budak nakal itu ketika marahkan pemain bola sepak yang beraksi pada pesta kejohanan bola sepak di Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar.

Di sebalik tekanan kepada pemain untuk mendapatkan piala dunia paling termashyur itu bagi sesetengah peminat, gelagat peminat bola yang mengunjungi negara itu turut menjadi bahan tontonan, termasuk ramai yang dilaporkan sudah memeluk Islam. 

Malah perasaan antiIslam juga tidak timbul apabila pemimpin Qatar mempamerkan cara hidup Islam sebenar termasuk solat, mempelawa pengunjung cuba mengenakan  jubah dan kain semutar kaffiyeh yang unik.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan




Tidak hairanlah apabila Abdulrahman mempamerkan gaya lucunya mengibas semutar atau dikenali  kaffiyeh, kain yang menutup kepala kerana geramkan cara pemain Qatar berlawan dengan Ecuador. 

Sekelip mata membuatkan dia muncul sebagai remaja kedua terkenal khususnya sangat memikat hati masyarakat di China. Sebelum ini seorang remaja OKU, Ghamin Muftah menarik perhatian melatunkan ayat-ayat suci al-Quran ketika menyambut kedatangan pelakon Hollywood, Morgan Freeman di pentas pembukaan.



Dari seorang remaja, orang negara China itu turut menukar wajah Abdulrahman menjadi kartun yang mencuit hati jutaan peminat bola.

China Daily dalam laporan berita memberitahu remaja yang diberi gelaran Putera Qatar dan menyamakan wajahnya dengan La'eeb maskot Piala Dunia FIFA 2022 itu. Malah kerana terlalu teruja, ada yang mengubah dia menjadi ladu (dumpling) yang sangat ceria walaupun sedang direbus dalam air mendidih!.



Ketika China tiada menyokong dan bergantung sepenuhnya kepada maskot untuk menceriakan pertandingan itu, perhatian dan gelagatnya yang bersunguh-sungguh itu membuatkan dia pula menjadi bahan bualan dalam media sosial di negara berkenaan. 

Walaupun Qatar kalah ketika rakaman gelagatnya dibuat, tidak mengecewakan sebaliknya mereka membuat tangkapan skrin gambarnya dan diviralkan siap dengan mimik muka yang lucu itu.

Malah mereka menggelarnya sebagai  putera wantan (kulit ladu) yang berbungkus  ("wonton wrapper prince"). Mengikut China Central Television, Abdulrahman dipercayai berumur 15 tahun yang ceria dan bersemangat. 

Remaja itu dikatakan memberitahu agensi berita itu, Cristiano Ronaldo adalah pemain bola yang diminatinya.





Pada Khamis lalu (25 November 2022), Abdulrahman turut merakam video menyampaikan rasa gembira dan sayangnya kepada rakyat Cina yang kemudian disiarkan secara meluas oleh media masa negara itu terutama dalam Tik Tok,

"Salam, ini mesej saya untuk peminat di China. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua komen yang sangat cantik dan video yang diibuat oleh anda semua. 

"Saya telah lihatnya. Jutaan terima kasih dan selamat datang ke Qatar. Anda boleh menimba pengalaman menakjubkan dalam Piala Dunia. Terima kasih sekali lagi," katanya.

Dan warga China yang meninggalkan komen mengundang remaja itu melawat mereka di tanah besar iitu juga. - KitaReporters


12
18
0
20
0
You will be interested