LOREN Schuaers yang baru berusia 19 tahun ketika mengalami suasana ngeri dalam hidupnya pada September 2019 apabila terjatuh sedalam 50 kaki dan dihempap forklift yang dibawanya ketika bekerja di sebuah jambatan dalam pembinaan di Montana, Amerika Syarikat. Akibatnya Loren mengalami cedera parah pada bahagian pinggang ke bawah akibat dihempap foklift itu. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan Amerika Syarikat:
https://kitareporters.com/search?search=amerika+syarikat
Keadaannya dianggap cukup parah dan para doktor tidak yakin Loren mampu bertahan hidup.
Doktor di sana nekad melakukan pembedahan hemikorperektomi (hemicorperectomy surgery) yang cukup berisko dan minta keluarganya berdoa.
Loren mulanya dipercayai doktor gagal bertahan hidup. - Kredit foto: DailyNews.
Sekali lagi keajaipan berlaku. Para doktor berjaya dalam pembedahan itu. Walaupun beberapa bahagian terpaksa dibuang atau dibedah, namun alat kelaminnya dapat diselamat.
Para doktor mengesahkan dia mampu melakukan hubungan seks walaupun hanya tinggal separuh badan.
Loren kehilangan pekerjaan namun diberi sejumlah wang sagu hati.
Dan dalam kesedihan tiada lagi pekerjaan, namun Loren tetap menerima berita gembira apabila teman wanitanya Sabja Reiche, 21, tetap menerima kekurangannya. Mereka berkenalan 18 bulan sebelum peristiwa malang itu terjadi.
Sabja berjanji sedia menemani Loren sepanjang hayat. - Kredit foto: Daily News
Malah Sabja sedia menerima Loren sebagai pasagan hidup. Kedua-duanya bertunang baru-baru ini dan akan merasmikan perkahwinan tidak lama lagi.
Loren kini bergerak dengan kerusi roda yang boleh digerak secara automatik.
Sebagai mencari sumber pendapatan, Loren dan Sabja bercadang untuk menjadi influencer (pempengaruh) dalam Twitch – sebuah perkhidmatan video live streaming. - KitaReporters