Insan & Komuniti 30 Oct, 2022

Video| Sikap timbang rasa! Warga emas tanggal selipar sebelum masuk kedai! Tak mahu kotorkan premis!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


Perkongsian seorang pekerja kedai serbaneka 7-Eleven mengenai keadaan seorang lelaki warga emas yang memasuki tempat kerjanya dengan menanggalkan selipar kerana khuatir akan mengotorkan lantai kedai itu undang rasa sebak dan terharu orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial yang bernama @nrlyshaa_, situasi itu membuatkan beliau belajar mengenai erti kemanusiaan serta berbuat baik kepada semua orang tanpa mengira waktu dan tempat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan amalan berbuat kebaikan


Ada sorang pakcik ni masuk 7-Eleven. Dekat luar baru sudah hujan lebat, dia separuh basah. Dua masuk dia tanggalkan selipar. Saya cakap takpa pakcik masuk dengan selipar je lantai kotor ni cik.

“Dia senyum jawab sambil senyum ‘takpa selipar pakcik lagi kotor hujan-hujan ni nanti awak kena mop dua tiga kali pulak. ni punn pakcik dah masuk dengan basah-basah.

“Saya jawab takpa pak cik memang kerja saya pun. Dia tetap senyum cakap takpa nak,” kongsinya dalam laman aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial berasa terharu dengan sifat kebaikan yang ditonjolkan warga emas dan pekerja terbabit serta mendoakan kedua-duanya diberikan kesejahteraan dalam hidup.



“Semoga dipermudahkan segala urusan pak cik itu dan terima kasih kakak sebab ambil berat pada pak cik itu,” ujar @haru.

“Saya memahami anda kak, rasa nak menangis tapi kena tahan,” jelas @Ikaa.

“Sedih ya, terbayang ayah kita ya,” kata @Cempaka_biru. - KitaReporters


11
17
0
13
0
You will be interested