Insan & Komuniti 01 Jul, 2021

Video| Budak berusia 11 tahun ambil upah kerja cat meja! Tak nak bayaran wang tapi minta beras!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


Umum mengetahui ramai antara kita terkesan akibat wabak covid-19 sejak tahun 2020 lagi. Pelbagai lapisan umur terkesan akibat wabak Covid-19 ini.

Kanak-kanak juga terkesan dari segi mental dan emosi kerana tak semua daripada mereka mendapat peluang untuk menyertai Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kerana masalah kewangan yang dialami oleh keluarga mereka membuatkan mereka juga terkesan.

Tular kisah seorang budak lelaki berumur 11 tahun mengambil upah mengecat meja. Kelihatan dari video TikTok tersebut budak darjah 5 yang dikenali sebagai Hanif ini bersemangat melakukan tugasnya.



Namun ketika diajukan soalan mengenai upah mengecat, budak terbabit meminta beras berbanding wang ringgit. 

"Dia datang buat kerja dengan kita. Bagus budak ni. Kita tanya nak duit ke nak beras. Dia kata nak beras."



Apabila video Hanif tular dalam media sosial, ramai orang yang sangat baik hati ingin memberi bantuan kepadanya. Hanif mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakannya.


Rata-rata netizen yang melihat video budak ini ketika sedang pulang membawa beras, terasa sangat sebak. Mereka semua mendoakan agar dia terus murah rezeki, dan sangat kagum kerana Hanif bekerja untuk membantu keluarga pada usia yang sangat muda.

Semoga adik Hanif dimurahkan rezeki kerana membantu memudahkan urusan orang dan juga membantu keluarga tercinta. 

Kanak-kanak lain pada usia ini sibuk bermain, tidak pernah kenal erti kesusahan, tetapi adik Hanif sangat kuat. - KitaReporters





0
2
3
0
0
You will be interested