Insan & Komuniti 28 Mar, 2020

TERBAIK!! POLIS BUAT SENDIRI PELINDUNG MUKA

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this

PEMAKAIAN pelindung muka berserta penutup mulut dan hidung antara salah satu komponen penting buat petugas barisan hadapan (frontliners) sebagai langkah keselamatan bagi elakkan diri terdedah  secara langsung dengan virus penyakit Koronavirus-2019 (Covid-19). : KitaReporters

Pelindung muka atau 'face protector' yang dihasilkan sendiri oleh IPD Hulu Terengganu untuk kegunaan pegawai dan anggota polis serta ATM sewaktu bertugas sepanjang tempoh PKP. - Gambar ihsan IPD Hulu Terengganu. 


Kepentingan itulah mendorong Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu mengambil inisiatif menghasilkan sendiri pelindung muka untuk kegunaan pegawai dan anggota bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) daerah itu.

Langkah proaktif dilaksanakan menggunakan peruntukan daripada wang kelab IPD Hulu Terengganu itu diambil susulan kesukaran mendapatkan bekalan produk berkenaan selain cecair pembasmi kuman serta penutup mulut dan  hidung.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan (DSP) Mohd Adli Mat Daud, pelindung muka atau 'face protector' itu akan diberikan kepada lebih 200 pegawai dan anggota polis termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang bertugas semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

DSP MOHD ADLI MAT DAUD 


"Pelindung muka yang dihasilkan sendiri ini satu langkah dilaksanakan IPD Hulu Terengganu bagi elakkan diri para pegawai dan anggota yang bertugas sepanjang Ops PKP terdedah secara langsung dengan virus Covid-19 sewaktu di lapangan.

"Kos bagi menghasilkan pelindung muka ini ialah RM0.50 setiap satu dan kita gunakan duit tabung kelab IPD Hulu Terengganu. Semua petugas dibekalkan 'face protector' ini," katanya.

Pelindung muka lutsinar dihasilkan sendiri dengan menggunakan duit tabung kelab IPD Hulu Terengganu.


Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Adli turut mengingatkan orang ramai terutamanya penduduk di daerah Hulu Terengganu agar sentiasa berada di rumah dan mematuhi arahan PKP yang berkuat kuasa sejak 18 Mac hingga 14 April 2020.

Katanya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang didapati sengaja berada di luar rumah dengan alasan remeh-temeh atau tanpa tujuan penting.

Sementara itu, untuk rekod sehingga 27 Mac 2020, Hulu Terengganu antara salah satu daerah yang tiada kes Covid-19 direkodkan dan jumlah kes terkini di Terengganu adalah sebanyak 41 kes. - KitaReporters

Pihak polis dengan dibantu tentera bertugas di laluan utama Kuala Berang - Ajil berhadapan IPD Hulu Terengganu. 

6
0
0
0
1
You will be interested