Insan & Komuniti 18 Dec, 2022

Tolong kami! Bantu kempen Add Good to Cart! Usaha Maybank Islamic, Mercy Malaysia! Tabung kecemasan!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


WARGA Malaysia memang terkenal dengan sikap kasih sayang dan semangat saling membantu sesama insan. Cuma mereka tidak tahu cara betul untuk menghulur bantuan itu. 

Untuk tujuan murni itu, kempen Add Good to Cart, satu inisiatif sosial bertujuan meningkatkan kesedaran dan menyeru orang ramai  menderma kepada tabung kecemasan komuniti khususnya sepanjang musim banjir sekarang.

Kempen itu dilancarkan mulai 12 Disember 2022 dan seterusnya, rakyat Malaysia boleh melayari laman web Mercy Malaysia dan pilih ikon kempen Add Good to Cart untuk menderma ke tabung kecemasan tu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan NGO Mercy Malaysia

Sebahagian daripada kerja amal oleh Mercy Malaysia.


Rakyat Malaysia kini boleh menyumbang kepada dana bantuan kecemasan, Add Good to Cart di https://www.mercy.org.my/agtc/. Dan untuk maklumat lanjut mengenai Add Good to Cart, sila layari https://www.maybank2u.com.my and https://mercy.org.my

Kempen itu dijayakan bersama Maybank Islamic Berhad dan Mercy Malaysia sebagai rakan pelaksana. Inisiatif sosial itu mahu menyasarkan untuk mengumpul RM100,000 menjelang Mei 2023. 

Dana yang dikumpul daripada projek ini kana disumbang kepada tindak balas kecemasan, pemulihan, mitigasi dan persiapan semasa bencana demi kemanusiaan dan perkembangan berkaitan kesihatan. 


Mohamed Rafique Merican.


Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Dato’ Mohamed Rafique Merican berkata, sebagai sebuah institusi terkemuka yang membentuk masa depan kewangan Islam, Maybank Islamic komited dalam memainkan peranan di Malaysia dengan menggunakan capaian dan sumbernya demi 'memulangkan semula ' manfaat dan kebaikan bersama seluruh masyarakat.

“Inisiatif Add Good to Cart digelar sedemikian kerana kita melihat ramai rakyat Malaysia hari ini telah beralih kepada membeli-belah secara dalam talian. 

"Dengan wujudnya trend ini, kami ingin meningkatkan kesedaran tentang manfaat apabila menyumbang kepada dana kecemasan dan padawaktu yang sama, menyeru pembeli dalam talian agar sebaiknya menderma lebih awal dan bukannya pada waktu kecemasan sahaja,” ujar beliau. 

Mohamed Rafique berkata, melihat keadaan sesetengah masyarakat menjadi sukar, rakyat Malaysia sangat bermurah hati untuk membantu mereka yang memerlukan. 

"Kami berharap inisiatif Add Good To Cart ini mampu memberikan kesan yang sama. Inisiatif itu juga selaras  matlamat dan komitmen kelestarian M25 Kumpulan Maybank untuk meningkatkan taraf kehidupan 1 juta isi rumah di Asia Tenggara (ASEAN) menjelang 2025." katanya.



Sementara itu, Pengarah Eksekutif Mercy Malaysia, Shareen Shariza Dato’ Abdul Ghani pula berkata, “Kami berbesar hati dan teruja dengan inisiatif terbaharu bersama Maybank Islamic yang menyediakan medium pengumpulan dana untuk orang ramai memberi sumbangan. 

"Kerjasama ini merupakan usaha terbaik yang melibatkan orang awam yang memanfaatkan sumber dan kepakaran masing-masing untuk mengembangkan bantuan kemanusiaan.”

Tambah beliau, “Salah satu masalah utama yang kami hadapi sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ialah pengumpulan dana lestari, yang membolehkan kami melakukan tindakan kemanusiaan yang tepat pada masanya, terutama masa kecemasan. Kami berharap  dapat memudahkan semua rakyat untuk menyumbang demi kebaikan bersama menerusi kerjasama dan kempen ini.

“Mercy Malaysia menggunakan pendekatan Pembangunan Kemanusian Nexus yang memerlukan kami untuk menangani kelemahan komuniti secara berterusan iaitu sebelum, semasa dan selepas krisis. 

"Oleh itu, usaha kami berterusan pada semua peringkat tindakan kemanusiaan. Dengan sokongan pembiayaan,  kami mampu mengukuhkan kemampuan untuk memberikan penyelesaian berkaitan kesihatan secara lebih berkesan ke arah membentuk komuniti berdaya tahan,” ujar Shareen.


Shareen Shariza Abdul Ghani


Mercy Malaysia merupakan sebuah pertubuhan tidak berasaskan untung yang menyediakan bantuan perubatan, perkembangan berkaitan kesihatan yang mampan dan pengurangan aktiviti untuk kumpulan berisiko dalam keadaan stabil dan tidak stabil. 

Mercy Malaysia menghargai kerjasama antara rakan kongsi dan sukarelawan serta menyediakan peluang kepada individu untuk berkhidmat dengan lebih cekap. 

Mercy Malaysia sememangnya bergantung kepada pembiayaan dan derma daripada organisasi dan orang ramai untuk meneruskan perkhidmatan kami untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada yang memerlukan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mercy.org.my. - KitaReporters


Sebahagian anggota Mercy  Malaysia yang terbabit dalam kerja kebajikan dalam dan luar negara. - Kredit foto: Mercy Malaysia

11
10
0
12
0
You will be interested