PERCAYA atau tidak, pada usia enam bulan dan empat hari, ada seorang bayi, Rich Humphreys telah memecahkan rekod dunia yang agak pelik dan mengundang kecaman ramai netizen. Dia telah memecahkan rekod dunia dengan menjadi peluncur ski air termuda di dunia. Namun aksi tersebut mengundang kecaman netizen! : KitaReporters
Netizen bertanya, apakah perlu ada rekod dunia sebegitu? Bukankah ia faktor keselamatan bayi perlu diutamakan berbanding sekadar nama dan rekod?
Satu video yang dimuat naik dalam Instagram menyatakan:
"Saya bermain ski air sempena hari lahir 6 bulan saya. Rupanya ianya masalah besar … #worldrecord.”
Bayangkan seorang bayi yang baru sahaja berumur enam bulan sudah dilepaskan untuk bermain ski di air, adakah ia suatu tindakan yang baik untuk menyambut ulang tahun hari lahir?
Ya, memang ramai yang berpendapat bahawa gambar dan aksi tersebut cukup comel, namun ibu bapa bayi berkenaan, Mindi and Casey Humpherys telah mendapat kritikan daripada sesetengah pihak yang beranggapan gagal mengutamakan keselamatan bayi tersebut.
Bagi sesetengah netizen, ini merupakan tindakan yang tidak patut dan lebih kepada mengundang bahaya kepada keselamatan anak kecil itu.
Rata-rata netizen melontarkan rasa tidak puas hati terhadap sikap ibu bapa bayi berkenaan kerana bagi netizen ibu bapa tersebut lebih memetingkan publisiti berbanding keselamatan bayi itu. Benarkah begitu?
Bagaimanapun, ada juga netizen yang menganggap perkara tersebut suatu yang positif dalam mendidik anak kecil menjadi lebih berdaya tahan.
Dalam mengulas pelbagai pandangan netizen itu, ibu bapa kepada bayi ini menyatakan bahawa anak mereka itu sangat suka dengan sukan air.
Bagi mereka berdua, sukan air seperti ski adalah salah satu sukan yang cukup bagus untuk bayi yang seusianya. Dia telah berlatih untuk bermain ski air, bersama dengan ibu bapanya yang melatihnya sebelum dilepaskan ke permukaan air yang lebih mencabar seperti di laut.
Ibu bapanya memaklumkan kepada 7 News: “Dia sudah boleh berdiri dengan sendirinya ketika dia berusia 3 bulan dan mampu untuk memanjat perabot dengan sendirinya tidak lama kemudian.
“Kami berusaha keras untuk membetulkan postur badannya ketika dia merangkak dan berdiri supaya dia kekal sihat berdasarkan saranan dari pakar pediatriknya,” katanya lagi.
Untuk info kita bersama, rekod dunia bagi kategori peluncur ski air termuda dipegang oleh bayi dari Florida, Zyla St. Onge, yang memegangnya dari tahun 2016 semasa dia baru lagi berusia 6 bulan dan 27 hari.
Maka, ternyata bayi ini telah berjaya memecahkan rekod tersebut. Tahniah! - KitaReporters