Insan & Komuniti 30 Mar, 2020

[VIDEO] JENAZAH MANGSA COVID-19 "DIRAMPAS"!!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this
PANDEMIK penyakit Koronavirus-2019 atau Covid-19 telah banyak mengorbankan nyawa di seluruh dunia. Ramai juga tahu bahawa prosedur operasi standard (SOP) bagi mengendalikan jenazah individu dijangkiti COVID-19 berbeza dengan yang selalu diamalkan. : KitaReporters


Mengikut SOP, jenazah mangsa Covid-19 hanya akan ditayamum atas balutan plastik sebelum disolat dan dikebumikan tanpa talkin dan waris mangsa juga tidak dibenarkan berada dekat dengan jenazah dan akan dikebumikan seperti biasa.

Namun di Indonesia sebuah keluarga telah "mengamuk" untuk menguruskan jenazah ahli keluarganya mangsa Covid-19, walaupun mengetahui jenazah ini perlu diuruskan mengikut SOP.

Tular sebuah video, jenazah mangsa Covid-19 yang siap terbungkus dengan plastik yang disteril untuk dikuburkan telah dirampas dan dibuka kembali oleh keluarga untuk dimandikan. 

Di dalam video tersebut memaparkan ahli-ahli keluarga menjerit histeria dan menangis pada saat jenazah ahli keluarga mereka dikeluarkan.

Jenazah telah diletakkan di dalam sebuah bilik tidur dan dibuka plastik pembungkusnya dan kelihatan seorang perempuan mencium wajah jenazah tersebut.


Untuk anda semua di luar sana, ikutlah SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan dalam menguruskan jenazah individu dijangkiti COVID-19. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, jenazah mangsa Covid-19 hanya perlu ditayamum atas balutan plastik sahaja.

“Kelonggaran diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan seperti boleh terkena jangkitan kepada manusia yang menguruskan jenazah,” jelas mantan mufti Wilayah Persekutuan lagi.

Ia selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) kali ke-107 yang telah bersidang pada 10 dan 11 Februari 2015 berkaitan hukum pengurusan mayat pesakit Ebola.

Kaedah yang diguna pakai adalah dinyatakan bahawa jenazah hanya ditayammum atas balutan plastik.

Maka, Jangan pandang remeh dan pentingkan diri sendiri. 

Ingat! jangan keluar rumah dan jaga kesihatan diri sepanjang tempoh yang ditetapkan. - KitaReporters

4
3
12
0
0
You will be interested