Pengarah popular Syamsul Yusof, 38, menunaikan janjinya untuk merungkai kemelut rumah tangganya dengan akhirnya mengaku sudah berkahwin dengan pelakon Ira Kazar atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 27, di Thailand pada Jumaat, 6 Januari 2023.
Menurut Syamsul, pernikahan itu dilakukan secara sah kerana berwakil walikan bapa Ira iaitu pelakon veteran Kazaruddin Saisi, 63.
Lagi
Tanpa menyebutkan tempat sebenar akad itu berlangsung, menurut Syamsul pernikahan di Thailand adalah untuk memudahkan beberapa perkara. Pernikahan dipercayai berlangsung di selatan Thai.
Dia membantah sejumlah berita dalam laman sosial bahawa dia sudah lama berkahwin dan menyalahkan isterinya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin yang menyebarkan berita bahawa dia dan Ira sudah berkahwin sebelum ini.
Tambah Syamsul dia dan Puteri Sarah Liyana masih suami isteri yang sah dan berharap pelakon itu kembali ke rumah dan bertemu untuk berbincang tentang kemelut antara mereka selama ini serta jangan buka aib orang.
Syamsul turut menafikan dakwaan Puteri Sarah bahawa dia mengabaikan keperluan hidup anak-anak.
Syamsul turut menyalahkan Puteri Sarah membawa anak-anak melancong ke luar negara tanpa mendapat restunya sebagai suami dan bapa.
Kemelut rumah tangga Syamsul dan Sarah dan pembabitan orang ketiga iaitu Ira Kazar mula diperkata sejak pertengahan 2022.
Puteri Sarah sebelum ini mendedahkan Ira sebagai orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka sejak empat tahun lalu dan turut membawa masalah ini ke muka pengadilan.
Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah 4.
Sementara itu Datuk Yusof Haslam dan isteri kecewa dengan tindakan anak mereka Syamsul berkahwin dengan Ira di Thailand tanpa menghubungi mereka.
Sementara itu Puteri Sarah mengucap tahniah atas perkahwinan itu dalam IG-nya.
Setelah selesai menjalani penggambaran, pada jam 7 malam, Puteri Sarah memuatkan video bagi membalas kata-kata Syamsul yang tidak tepat terhadapnya.
Puteri Sarah menyifatkan Syamsul sebagai lelaki pengecut kerana berkahwin di Thailand.
Menurut Puteri Sarah dia tidak boleh berkomunikasi secara langsung dengan Syamsul kerana nombor telefonnya telah diblok oleh suaminya sejak setahun lalu.
Puteri Sarah juga menafikan pernah mengatakan Syamsul tidak pernah memberi nafkah kepada anak-anak. Sebaliknya apabila ditanya media dia sentiasa menyatakan Syamsul adalah bapa yang bertanggungjawab.
Untuk mengetahui luahan lengkap Puteri Sarah, ikutilah rakaman videonya.
Berdasarkan video Puteri Sarah, hubungannya dengan suaminya sukar untuk pulih dan banyak perkara perlu diselesaikan di mahkamah termasuk samannya terhadap Ira yang tetap berjalan. - KitaReporters