Insan & Komuniti 06 Apr, 2020

ALLAHU!! KES PERTAMA MENINGGAL DI T'GANU!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

ISTERI dan anak kepada mangsa pertama COVID-19 yang meninggal dunia di Terengganu hanya mendapat berita daripada pihak berkuasa mengenai kematian itu kerana mereka tidak dapat hadir pada majlis pengebumian Allahyarham pada petang Ahad, 5 April 2020. Lebih menyedihkan, selain tidak dibenarkan hadir, si isteri dan anaknya juga sedang dikuarantin di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut. : KitaReporters

Mangsa COVID-19 pertama di Terengganu selamat dikebumikian di Besut petang 5 April 2020.


Allahyarham berumur 67 tahun, yang menjadi mangsa COVID-19 yang pertama meninggal dunia di Terengganu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Tumbuh, Kampung Raja, Besut, kira-kira jam 5 petang, Ahad, 5 April 2020.

Perkampungan tradisional itu kini sunyi sepi apabila penduduk tidak keluar rumah berikutan tersebarnya  kes kematian pertama yang menimpa penduduk kampung itu.

Jenazah dibawa turun dari kereta jenazah dari HSNZ Kuala Terengganu untuk dikebumikan di Kampung Batu Tumbuh, Besut


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ketika mengesahkan perkara itu pada petang Isnin, 6 April 2020 berkata, terdapat pertambahan satu kematian akibat COVID-19, sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya meningkat kepada 62 kes

Ia membabitkan kes ke-3,663 iaitu seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun.

Katanya, mangsa mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi serta sejarah kontak rapat dengan beberapa kes indeks yang positif COVID-19 daripada perhimpunan tabligh di Sri Petaling, Selangor iaitu kes ke-1,265; ke-1,266; ke-1,267, ke-1,404 dan ke-2,549.

Hanya satu kes kematian akibat COVID-19 direkodkan pada 6 April 2020. 


“Beliau dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Terengganu pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada jam 10.22 pagi, 5 April 2020," jelas Dr Noor Hisham.

Pesakit yang membabitkan kluster tabligh berusia 67 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Jenazah mangsa tiba di tanah perkuburan berkenaan sekitar jam 4.30 petang dengan diiringi petugas Jabatan Kesihatan, polis dan bomba.

Grafik kes COVID-19 di Terengganu pada 6 April 2020


Kawasan tanah perkuburan dikawal oleh pihak polis bagi menghalang kehadiran orang ramai dan juga penduduk setempat. 

Urusan pengkebumian selesai sekitar jam 6 petang pada 5 April 2020 itu.

Mangsa berasal dari Kampung Baru, Batu Tumbuh dipercayai mendapat jangkitan dari sekumpulan tabligh yang singgah di masjid berhampiran kampungnya.

Difahamkan mangsa mengidap kencing manis dan pada peringkat awal mengalami demam biasa.

Bagaimanapun keadaan bertukar serius sejak beberapa hari lalu sebelum mangsa dimasukkan ke unit rawatan rapi HSNZ tetaapi menghembuskan nafas terakhirnya di sana. - KitaReporters

3
1
15
2
0
You will be interested