Insan & Komuniti 27 Nov, 2020

Cikgu sedih! Buat kelas online tak ada yang join! Anak join!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil keputusan untuk menutup operasi semua sekolah di seluruh negara sehingga sesi tahun hadapan kerana pandemik COVID-19. Namun demikian, kelas Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) diminta untuk diteruskan dalam kondisi berbeza, iaitu dibuat secara virtual. : KitaReporters 



Lagi kisah-kisah berkaitan guru:

https://kitareporters.com/search?search=cikgu 


Kegigihan dan kepatuhan para guru terhadap perintah pentadbir pendidikan negara ini jelas kelihatan daripada kisah yang dikongsikan oleh seorang anak kepada seorang guru di laman Twitter.

Mustakim Bajoori, 54, merupakan seorang guru yang mengendalikan Kelas Seni Reka Tanda (MSV) di sebuah sekolah menengah di daerah Kuala Selangor, Selangor. Namun cerita kegigihan Cikgu Mustakim ini agak menyentuh emosi dan diceritakan kembali oleh anak kandungnya, Nur Nuha Narisya melalui akaun Twitternya.

Dedah Nuha, cerita kegigihan dan kesedihan ayahnya ini bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang pada Oktober 2020 dan ia berlarutan sehingga ke hari ini. 




"Kesiannya abi, dia buat class budak budak dia sorang pun tak masuk. Sampai abi nak kena call sorang sorang, tu pun diaorang tak angkat. diaorang tahu abi akan call diaorang kalau waktu hari ada class then diaorang mati kan fon.

"Tengok la ni abi sorang je, class abi start 8:30 tadi now dah nak 9 lebih tapi takda siapa masuk Pensive face," tulisnya di Twitter.

Tambah Nuha lagi, situasi sebegini kerap berlaku dan amat mengecewakan ayahnya. Kadang-kadang, hanya ada seorang sahaja yang menyertai kelas secara virtual tersebut, dengan jumlah paling ramai kata Nuha adalah sebanyak lima orang pelajar daripada 18 orang keseluruhannya yang patut menyertai kelas berkenaan.

"Abi dia link kan laptop dia dengan tv tau. so kitaorang boleh tengok la google meet tu kat tv. sometime dia bosan tunggu anak murid dia masuk class dia buka lagu klasik nasional pastu dia nyanyi depan laptop sambil makan jagung Face with tears of joy.

"Dia jadi nak nangis sebab abi excited minta kita ajar macam mana nak buat class guna zoom / google meet. Tapi bila dia dah buat takda siapa masuk tu yang jadi macam sebak tu, sebab kita je tahu macam mana muka dia excited masa dia minta kita ajar dia buat tu...," tulis Nuha lagi. 



Kerana tidak tahan melihat ayahnya mula berubah muka sedih akibat menunggu anak-anak pelajarnya yang tidak masuk kelas, maka Nuha bertindak untuk menekan butang 'join' ke dalam kelas kelolaan ayahnya sendiri.

"...Bila tak ada orang masuk, dia tunggu tenung je laptop tu, menitik jugalah air mata saya." kata Nuha.

"I nak happy kan abi, i yang join class abi Crying face nampak la abi gelak sikit Loudly crying face," Nuha bertindak masuk ke kelas virtual berkenaan tanpa pengetahuan ayahnya. 



"Saya hanya meluahkan apa yang saja rasa, sebab tak sanggup melihat abi diperlakukan sebegitu, tak sangka pula tiba-tiba viral," ciap Nuha selepas mengetahui kisah yang dikongsinya itu menjadi tular dalam media sosial.

Sejurus tular dalam media sosial akan kisah sedih ini, Nuha memberitahu bahawa ayahnya tiba-tiba menangis kerana terharu dengan sokongan dan kata-kata positif dari kebanyakan netizen dalam media sosial. 



Menurut Nuha, ayahnya berasa begitu terasa hati sehingga pernah merasa untuk tidak lagi mahu mengajar dan ingin pencen dari tugasnya sebagai seorang pendidik.

Selepas membaca komen-komen positif di media sosial, ayahnya kembali bersemangat untuk meneruskan PdP-nya.

Malah, anak-anak muridnya juga ada yang menghantar Whatsapp meminta maaf dan berjanji akan 'join' kelas virtual pada lain masa. - KitaReporters


2
0
8
0
0
You will be interested