Seni & Sukan 14 Sep, 2020

Muzium hidup! Kampung Budaya Terengganu tarikan pelancongan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this

MASYARAKAT Melayu Terengganu memang kaya dengan kepelbagaian tradisi dan khazanah seni warisan budaya yang sehingga kini masih dipelihara. Untuk itu, kerajaan negeri mengambil inisiatif mewujudkan Kampung Budaya Terengganu yang akan dijadikan ‘one stop centre’ (pusat sehenti) bagi membolehkan pengunjung menyelami sejarah warisan masyarakat dahulu kala. : KitaReporters

Kampung Budaya Terengganu (KBT) dibuka untujk pelancong ke Terengganu


Lagi cerita-cerita dari Terengganu:

https://kitareporters.com/search?search=terengganu


Maka, cetusan idea mengadakan Kampung Budaya Terengganu (KBT) yang berkonsepkan muzium hidup, satu usaha terpuji, sekali gus bakal menjadikan program berkenaan sebagai tarikan baharu pelancong ke negeri ini

Pemilihan Muzium Negeri sebagai lokasi perkampungan budaya sememangnya amat sesuai dan tepat sekali kerana ia sebagai gedung menyimpan khazanah penduduk negeri ini.

Menerusi KBT yang menjadi pusat sehenti menghimpunkan pelbagai seni, budaya dan warisan dari seluruh daerah negeri itu ia secara tidak langsung menonjolkan peranan muzium negeri sebagai pusat rujukan tamadun masyarakat Terengganu, serta memartabatkan tradisi Melayu.

Reka bentuk rumah tradisional Melayu Terengganu antara ikon Kampung Budaya Terengganu


KBT bukan sahaja menjulang kembali kegemilangan masyarakat Terengganu tetapi mengingatkan generasi muda mengenai pentingnya mengetahui asal-usul sejarah dan peradaban negeri.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, KBT terletak di Muzium Negeri akan menjadi pusat sehenti yang menghimpunkan pelbagai seni, budaya dan warisan dari seluruh daerah.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar (tengah) ketika berkunjung ke Kampung Budaya Terengganu


Malah, katanya, KBT akan menjadi platform bagi karyawan tempatan untuk terus berkarya, di samping menyumbang kepada peningkatan ekonomi penduduk tempatan, melalui aktiviti subsektor pelancongan.

“Mungkin ada antara generasi muda tidak pernah lihat peralatan sebegini. Jadi ini ini adalah kesempatan terbaik untuk pelancong datang sekali lagi ke Terengganu bagi melihat seni, budaya dan warisan negeri yang terdapat di Kampung Budaya,” katanya ketika merasmikan perkampung itu baru-baru ini.

Kampung Budaya Terengganu menawarkan tujuh perhentian iaitu Rumah Nelayan, Rumah Bujang Berserambi Selasar, Rumah Bujang Berkembar, Rumah Limas Belanda, Rumah Tele, Istana Tengku Long, Laman Singgahsana dan Laman Warisan.

Demotrasi membuat laksa menggunakan peralatan tradisional


Sempena pembukaan perkampung tersebut pelbagai acara menarik termasuk  demonstrasi pembuatan jala, bubu, keropok, seni dan ukiran khat, kayu, anyaman, wau, gasing, tembikar, tembaga, keris, pameran pakaian tradisional, mencanting batik, memasak bubur asyura serta persembahan berzanji.

"Ini peluang terbaik kita, terutama generasi muda untuk merasai suasana kehidupan sebenar masyarakat Melayu lama dan saya alu-alukan pelancong berkunjung KBT jika ke Terengganu. Ia destinasi yang wajib untuk dilawati," katanya.

Permainan tarik upih yang menjadi kebangsaan masyarakat Melayu satu ketika dahulu


Beliau berkata, orang ramai bukan sahaja berpeluang menikmati pengalaman percutian bersejarah berlatarbelakangkan suasana kehidupan sebenar masyarakat Melayu lama, malah boleh melihat secara dekat demonstrasi aktiviti tradisi yang diusahakan penduduk tempatan. 

Kuih tradisional masyarakat Melayu Terengganu turut dipamerkan di Kampung Budaya Terengganu


“Sebagai sebuah produk pelancongan baharu, kita percaya Kampung Budaya Terengganu bukan sahaja menjulang semula seni budaya masyarakat Melayu dahulu kala, bahkan turut menjadi rujukan generasi akan datang,” katanya. 

Beliau berkata, kepelbagaian tradisi Masyarakat Terengganu seperti permainan dan peralatan tradisional yang berbeza-beza di setiap daerah boleh dilihat di Kampung Budaya berkenaan.

Promosi Kampung Budaya Terengganu


Ahmad berkata, beliau menjangkakan kira-kira 100,000 orang akan mengunjungi Kampung Budaya dalam tempoh sebulan ini. 

“Kita amat menggalakkan kehadiran pengunjung ke sini kerana ia menyediakan pelbagai tarikan untuk tatapan mereka," katanya lagi. - KitaReporters

5
2
1
1
1
You will be interested