BIASANYA bila berbicara mengenai seorang isteri dimadukan, ia akan menjadi topik begitu panas apatah lagi jika ia dibincangkan di dalam media sosial.
Namun tidak bagi seorang pelakon berpengalaman di Malaysia, Azhar Sulaiman apabila tidak kisah jika itu takdir buat anaknya, Kasih Iris Leona untuk menjadi isteri kedua atau ketiga.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Azhar Sulaiman
Beliau harus akur kerana itu semua adalah kuasa dan ketentuan dari Allah SWT. Tetapi, ia harus menepati syarat yang ditetapkan jika hasrat Leona ingin berumah tangga.
Antaranya utama adalah bakal suami anaknya harus ada pendidikan peringkat ijazah kerana beliau faham, pendidikan sangat penting.
Apa yang dilakukan oleh Azhar ini patut dicontohi kerana mementingkan pendidikan tanpa mengira latar belakang siapa orang itu. Hanya pendidikan mampu membantu seseorang itu berjaya dalam apa jua yang kita lakukan.
Tapi menurut ayah Leona, anaknya ini suka lelaki berbangsa Cina dan nampaknya nanti mereka akan pening untuk bimbing. Selain itu, lelaki itu juga harus tahu cara menghormati orang tua dan menjaga maruah seorang wanita.
Bapak Leona juga memberi nasihat agar apa jua masalah rumah tangga nanti harus diselesaikan secara dalaman bukan kecoh sehingga orang luar tahu.
Nasihat dari orang lama begitu berguna untuk mereka yang belum mendirikan rumah tangga kerana masalah di dalam selimut tidak harus dibawa keluar.
Ia tidak memberi kebaikan sebaliknya akan memburukkan lagi keadaan. - KitaReporters