Seni & Sukan 16 Aug, 2022

Video| Peranan wartawan penting kepada Keluarga Malaysia! Lapor berita sebenar! Usaha bantu rakyat!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this



"HARGA ayam sudah kembali pulih. Kalu dulu harga syilingnya RM9.50 sekilo sekarang sudah turun kepada RM7 hingga RM73.0 sekilo dan ramai yang masih ingat harga itu tetap paras sama. Ini kena diberitahu pada rakyat. Sebab itulah kerajaan perlukan bantuan media melapor berita sebenar usaha kerajaan membantu rakyat.

"Tetapi masih ada pihak yang tetap berusaha mengelirukan pemikiran rakyat masih miskin, negara tidak ada wang dan menggunakan kesempatan ini untuk mengadakan protes kilat untuk memporakperandakan hubungan harmoni 'Keluarga Malaysia"


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aspirasi Keluarga Malaysia

Ismail Sabri Yaakob bersama bekas wartawan wanita terkenal. Di sebelah kirinya, Presiden Pertama Sariha Mohd Ali.


Nota terima kasih dari PM.



Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berpendapat, media tempatan termasuk wartawan wanita kini mempunyai pengaruh yang hebat dalam membantu menyebarkan maklumat kepada rakyat tentang perkembangan ekonomi dan isu-isu semasa seperti isu 'barangan dapur' kepada suri rumah,

"Kerajaan tahu ada cubaan pihak tertentu untuk mengelirukan pemikiran rakyat, Kita ada maklumat betul bahawa negara kini sudah kembali kepada landasan lebih stabil apabila Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan prestasi suku kedua ekonomi negara pun berkembang  8.9 pertus.

"Ini satu pencapaian yang tertinggi dan terbaik di Asia Tenggara dan dalam kalangan negara utama dunia," katanya kepada 200 tetamu yang menghadiri Jamuan Hi-Tea sempena ulang tahun ke-51 Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama) di Hotel Primera, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 15 Ogos 2022.


PM bergambar kenangan dengan AJK Pertama.



Beliau berkata pembabitan wanita dalam media kini turut menghebatkan 'kuasa wanita' dalam membuat keputusan dasar negara dan sebagai sokongan kepada wanita, Dewan Negara sudah meluluskan akta gangguan seksual yang melibatkan semua jantina (gender).

Jamuan tahunan yang diadakan selepas negara bebas daripada wabak Covid-19, bertujuan meraikan petugas media wanita. 

Yang hadir wakil organisasi dari Bernama, Berita Harian, New Straits Times Press (NSTP), Sin Chew Daily, FMT, China Press, Malayan Namban, TV Al-Hijrah, The Star, Suara TV, KitaReporters, Utusan Malaysia, Kosmo, Bernama Radio, Rangkaian Televisyen Media Prima, Bernama T, Vanakkam Malaysia, IKIM, Awani, Jabatan Berita dan Halehwal Semasa MPB TV3, Harian Metro, Sinaran Harian dan Oriental Daily.

Menyerikan majlis adalah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Pembangunan wanita, keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun; Pengerusi Bernama, Datuk Ras Adiba Mohd Radzi; dan wartawan veteran termasuk Mariamah Tijo dan Zubaidah Abdul Rahman yang juga merupakan teman baik bekas pengasas Pertama, Allahyarham Azah Aziz.


Generasi baru dan lama.


Banyak nak dicakapkan. Bila wartawan bertemu.


Perdana Menteri berkata kerajaan sangat bergantung kepada maklumat yang telus mengenai usaha membantu rakyat terutama dalam menghadapi cabaran inflasi global pada tahun-tahun akan hadapan yang akan menjadi intipati, mengutamakan kebajikan Keluarga Malaysia dalam bajet yang akan dibentangkan Oktober 2022 depan.

Ini bagi menangkis cubaan pihak yang mahu mencetuskan kekeliruan dengan mendakwa kerajaan gagal, ekonomi merudum, rakyat tidak mampu berbelaja serta penggangguran meningkat dengan harapan meraih simpati bila kumpulan ini mahu membuat protes dan perhimpunan bantahan "kilat' (flashmob).



"Walaupun kita masih berdepan dengan inflasi tetapi perbelanjaan isi rumah meningkat dan menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. 

"Saya sangat terkejut bila statitik Jabatan Perangkaan, perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan rekod baharu pada Mei (2022) lalu dengan merekodkan RM129.8 billion sekali gus menjadi jualan tertinggi sejak 2013," kataya.

Sebagai penghargaan sumbangan wanita termasuk meningkatkan penyertaan wanita dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) kepada 30 peratus. Sehingga kini, lebih 30 peratus wanita sebagai lembaga pengarah dalam 900 syarikat sendirian berhad dan 210 syarikat persendirian.

Ismail Sabri juga menyumbangkan RM300k untuk Pertama bagi membiayai program oleh persatuan itu bagi melatih dan meningkatkan taraf profesion kewartawanan negara selaras dengan cabaran global khususnya berdepan media sosial yang banyak menyebarkan berita yang tidak berfakta benar. - KitaReporters


Bekas ketua Meja Wanita Berita Harian antara pengasas Akhbar Dalam Darjah (ADD) BH Zuraidah Abdul Rahman bersua muka dengan Mahdzir Khalid


Cerita menarik ni. Rina teruja mendengar cerita daripada wartawan veteran.

16
13
0
16
0
You will be interested