MENGEMBALIKAN status Muzium Hagia Sophia sebagai sebuah masjid adalah soal kedaulatan Turki dan reaksi daripada pemimpin negara dunia yang sengaja menimbulkan krisis antarabangsa sebagai sesuatu yang tidak munasabah, kata Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di Ankara. Kitareporters.com
Masjid hampir seribu tahun, Hagia Sophia di Turki. - Kredit gambar: IslamCity.
Sebaik keputusan kerajaan Turki membuka semula masjid di tapak bangunan bekas gereja, yang kemudian dijadikan muzium, akan mencatatkan sejarah pada abad milenium dan pasca-Covid-19, apabila solat yang pertama kali dianjurkkan pada 24 Julai 2020 itu, bakal menghimpunkan 1,000 hingga 1,500 jemaah.
Selepas 86 tahun masjid itu akan mula berkumandangan dengan alunan suara azan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran selepas dihentikan oleh bekas Presiden Sekular Republik Turki Pertama, Mustafa Kemal Attaturk pada 1934 yang memutuskan untuk menukarkan Hagia Sophia atau Aya Sofya dalam bahasa Tukri sebagai muzium.
Keputusan Mahkamah Turki pada 11 Jun 2020 lalu memutuskan untuk memberi kebenaran kepada badan tempatan memansuhkan tindakan Kemal Attaturk itu yang tidak sah dari segi undang-undang menggubah bangunan abad keenam ketika dinasti Byzantin itu sebagai muzium.
Agensi berita AlJazeera melaporkan sebaik mengumumkan pertukaran itu, Erdogan memutuskan solat pertama kali perlu dilangsungkan dalam tempoh dua minggu.
Tindakan itu terus mendapat kritikan dunia termasuk dari Greek, Amerika Syarikat, Rusia dan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), yang kini mengkaji balik status pengiktirafan Tapak Warisan Dunia.
Jadi rebutan semua penduduk beragama kerana hasil seni binanya yang cantik. - Kredit gambar: Blog Kalam