Seni & Sukan 20 Apr, 2022

Piala Dunia 2022 di Qatar! Tapi tahukah anda? Fakta-fakta menarik sepanjang 92 tahun penganjuran!

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this

Pasukan Uruguay tahun 1930 mencatat rekod sebagai juara Piala Dunia pertama tahun 1930. - Kredit foto: Kontenpedia.com 

DALAM tempoh enam bulan dari sekarang tumpuan peminat bola sepak dunia pastinya terarah kepada tiupan wisel sepak mula pusingan akhir kejohanan Piala Dunia Qatar 2022 yang akan membuka tirai seperti yang dijadualkan pada 21 November hingga 18 Disember 2022.

Namun di sebalik kehangatan demam kempen Piala  Dunia dalam kalangan peminat, penyokong serta pasukan yang bertanding pada pusingan akhir Piala Dunia Qatar 2022 itu nanti, penulis seakan-akan pasti ramai dalam kalangan peminat bola sepak di negara ini sebenarnya terlepas pandang mengenai fakta-fakta menarik temasya sukan bola sepak terbesar dunia yang berlangsung setiap empat tahun sekali itu.

Oleh yang demikian ada baiknya kita sama-sama berkongsi mengenai beberapa fakta menarik yang pernah tercatat sepanjang 22 edisi penganjurannya sehingga tahun 2022 ini yang mungkin tidak diambil peduli oleh peminat bola sepak  khususnya bagi generasi muda di negara ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Piala Dunia

Piala Jules Rimet merupakan trophi pertama Piala Dunia yang menjadi rebutan pasukan bertanding sehingga tahun 1970 sebelum diganti dengan trophi baharu yang ada ketika ini. - Kredit foto: Iluminasi.


Kejohanan bola sepak Piala Dunia buat julung kalinya dipertandingkan di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930 yang disertai hanya 13 pasukan sahaja di mana negara tuan rumah ketika itu, Uruguay muncul juara buat kali pertama selepas menafikan cabaran Argentina dengan jaringan 4-2 dalam perlawanan akhir.

Kejohanan yang diilhamkan oleh Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke tiga ketika itu, Jules Rimet yang menyandang jawatan tersebut bermula tahun 1921 hingga 1954 berikutan kejayaan Sukan Olimpik sebelum itu dengan matlamat untuk menyatukan negara-negara melalui sukan bola sepak.

Penganjuran Piala Dunia FIFA juga pernah digantung pada tahun 1942 dan 1946 disebabkan berlakunya Perang Dunia ke-2 dan hanya disambung semula penganjurannya pada tahun 1950 dengan Brazil sebagai tuan rumah yang menyaksikan Uruguay muncul juara buat kali kedua mengunguli Piala Dunia selepas melakukannya buat pertama kali pada tahun 1930.

Bintang Jerman, Miroslav Klose yang beraksi dalam empat edisi Piala Dunia iaitu pada tahun 2002, 2006, 2010 dan 2014 mencatat nama sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan rekod 16 gol melalui 24 perlawanan yang disertainya sementara pemain sensasi Brazil, Ronaldo di kedudukan kedua dengan 15 gol melalui 19 perlawanan sepanjang penyertaannya dalam Piala Dunia pada tahun 1994, 1998, 2002 dan 2006.


Bintang Jerman, Miroslav Klose merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia dengan 16 gol menerusi 24 perlawanan dalam empat penampilan di Piala Dunia. - Kredit foto: Erosport.com

Pele jadi pemain yang paling banyak merangkul piala dunia ketika mewakili Brazil pada tahun 1958, 1962 dan 1970 selain menjadi pemain paling muda meraih Piala Dunia pada usia 17 tahun bersama pasukan Brazil pada tahun 1958. - Kredit foto : The Times.


Sementara rekod penjaring terbanyak dalam satu kejohanan dipegang oleh pemain Peranchis, Just Fontaine yang meledak 13 gol semasa Piala Dunia kali ke-enam pada tahun 1958 di Sweden.

Bagi rekod jaringan gol terpantas pula masih menjadi milik pemain Turki, Hakan Sukur yang melakukannya hanya selepas 11 saat tiupan wisel permulaan perlawanan ketika perebutan tempat ketiga antara Turki menentang Korea Selatan di kejohanan Piala Dunia 2002 di Korea Selatan yang menyaksikan Turki muncul pemenang dengan jaringan 3-2.

Sementara kemenangan terbesar yang pernah dicatat dalam Piala Dunia dipegang oleh pasukan Australia yang menumpaskan pasukan Samoa dengan jaringan 31-0 semasa pusingan kelayakan Piala Dunia pada tahun 2011.

Piala Dunia juga menyaksikan ramai pemain yang mencipta nama dengan catatan rekod peribadi cemerlang, antaranya  adalah pemain yang paling banyak merangkul Piala Dunia iaitu legenda bola sepak dari Brazil, Pele ketika mewakili negaranya pada tahun 1958, 1962 dan 1970 selain menjadi pemain paling muda meraih Piala Dunia pada usia 17 tahun bersama pasukan Brazil pada tahun 1958.


Dino Zoff ( jersi lengan panjang) mencatat nama sebagai pemain paling tua memenangi Piala Dunia bersama pasukan Itali pada tahun. - Kredit foto: Indenpendent.com.


Dino Zoff, penjaga gol dan ketua pasukan Itali pula menjadi pemain paling tua yang pernah merangkul Piala Dunia pada usia 40 tahun ketika Itali muncul juara edisi 12 Piala Dunia dengan menumpaskan Jerman Barat 2-1 pada tahun 1982 di Sepanyol.  

Penjaga gol Mesir, Essam El-Hadary turut mencatat nama sebagai pemain paling tua pernah beraksi dalam Piala Dunia iaitu ketika berusia 45 tahun semasa Piala Dunia Rusia tahun 2018.

Norman Whiteside, penyerang Ireland Utara pula muncul pemain paling muda beraksi dalam Piala Dunia ketika berusia 17 tahun 1 bulan 10 hari ketika aksi menentang pasukan negaranya Ireland Utara menentang pasukan Yugoslavia semasa Piala Dunia 1982 di Sepanyol.

Sementara itu, bagi catatan rekod pemain tertua yang berjaya menjaringkan gol dalam kancah Piala Dunia adalah pemain Cameroon, Roger Milla yang berusia 42 tahun ketika meledak gol dalam pertemuan Cameroon dan Rusia pada Piala Dunia tahun 1994 di Amerika Syarikat. 


Penjaga gol Mesir, Essam EL-Hadary menjadi pemain paling tua beraksi dalam Piala Dunia ketika berusia 45 tahun. - Kredit foto: Wikipedia.

Roger Milla, pemain Cameroon merupakan pemain paling tua menjaringkan gol di pusingan akhir Piala Dunia ketika berusia 42 tahun. - Kredit foto: Gettyimages.

Satu-satunya jurulatih yang berjaya membawa pasukan bimbingannya menjuarai Piala Dunia sebanyak dua kali berturut-turut adalah Vittorio Pozzo yang membawa Itali selaku tuan rumah mengungguli Piala Dunia 1934 selepas Itali menumpaskan pasukan Czechoslovakia 2-1 dan Piala Dunia 1938 di Peranchis ketika Itali menafikan cabaran Hungary dalam perlawanan akhir dengan jaringan 4-2.

Brazil pula terus unggul mencatat rekod pasukan paling banyak memenangi kejuaran Piala Dunia mengumpul sejumlah lima kejuaraan yang dilakar pada tahun 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002 diikuti Jerman sebanyak empat kali yang  melakukannya pada tahun 1954, 1974, 1990 dan 2014. 

Brazil juga mencatat rekod bersih seratus peratus berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia sementara Belanda pula muncul sebagai pasukan yang paling banyak beraksi dalam perlawanan akhir Piala Dunia iaitu sebanyak tiga kali pada tahun 1974, 1978 dan 2010 namun pulang  tanpa sebarang kejuaraan.  


Brazil merupakan negara paling banyak merangkul Piala Dunia sebnyk lima kejuaraam. - Kredit foto: Indosport.com 

Tangan Maradona kelihatan seperti menyentuh bola ketika menjaringkan gol pertama Argentina menentang England dalam perlawanan suku akhir Piala dunia 1986. - Kredit foto: HistoryVille


Trofi berprestij Piala Dunia FIFA sebelum ini yang dikenali sebagai Jules Rimet yang diperbuat daripada emas sempena nama Preseden FIFA ketiga telah dicuri tujuh hari sebelum berlangsung edisi Piala Dunia 1996 dan tidak ditemui sehingga hari ini.

Rekod juga menunjukkan hanya negara-negara dari dua benua sahaja yang mendominasi kejuaraan Piala Dunia setakat ini iaitu negara-negara dari benua Eropah dengan 11 kejuaraan diikuti negara-negara dari benua Amerika Selatan sebanyak 9 kali

Gol paling banyak dijaringkan dalam satu perlawanan dicatatkan adalah 12 gol semasa pertembungan pasukan Austria yang menumpaskan pasukan tuan rumah Switzerland dengan jaringan 7-5 di peringkat suku akhir Piala Dunia 1954.

Seperti juga sukan lain, Piala Dunia  tidak terlepas daripada dicemari kontroversi di mana Piala Dunia 2006 di Jerman mencatat sejarah layangan kad paling banyak apabila pengadil melayangkan 20 kad masing-masing 16 kad kuning dan empat kad merah ketika perlawanan peringkat 16 terbaik antara Portugal dan Belanda.

Namun kontroversi terbesar dan terus dibicarakan sehingga ke hari ini ialah jaringan gol oleh sensasi bola sepak Argentina, Diego Maradona yang disebut sebagai jaringan "tangan ajaib" (hand of god) dalam perlawanan dalam perlawanan suku akhir antara Argentina dan England pada temasya Piala Dunia di Mexico pada tahun 1986. Argentina menewaskan England 2-1 untuk melangkah ke peringkat separuh akhir. 

Sementara Afrika Selatan pula muncul sebagai satu-satunya negara tuan rumah yang tersingkir pada pusingan pertama dalam sejarah Piala Dunia ketika edisi tahun 2010 dan fakta terakhir yang dapat dikongsikan adalah Piala Dunia buat julung kalinya disiarkan di kaca televisyen ketika berlangsung edisi kali kelima di Switzerland pada tahun 1954. KitaReporters


Trofi pertama Piala Dunia, Jules Rimet yang hilang ketika menjadi milik pasukan Braik buat selama-lamanya. - Kredit foto: National Football Museum. 


Trofi Piala Dunia ketika ini yang mengantikan trophi lama, Jules Rimet. - Kredit foto:  OperaNews

10
10
0
26
0
You will be interested