Golongan asnaf di negeri Terengganu yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 13-26 Januari 2021 membabitkan negeri itu tidak perlu bimbang kerana kehidupan mereka akan dan terus terbela dalam menghadapi situasi berkenaan. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) mengambil tanggungjawab penuh untuk membantu golongan terbabit. : KitaReporters

Ibu Pejabat MAIDAM di Kuala Terengganu
Lagi laporan-laporan berkaitan MAIDAM:
https://kitareporters.com/search?search=MAIDAM
Dengan menyediakan peruntukan khas bagi menyalurkan bantuan kepada asnaf, MAIDAM bersetuju menyediakan bantuan khas kepada 24,000 Ketua Isi Rumah Asnaf (KIR) di seluruh Negeri Terengganu berikutan pelaksanaan PKPB. Bagaimanapun, Terengganu akan diletakkan di bawah PKP 2.0 bermula 22 Januari hingga 4 Februari 2021.
Menerusi program bantuan khas itu MAIDAM memperuntukkan sebanyak RM9.6 juta untuk membantu meringankan beban golongan asnaf yang terkesan.

MAIDAM memperuntukkan RM9.6 juta untuk bantu asnaf yang terkesan akibat PKPB di Terengganu
Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, M Rozi Bidin berkata, golongan asnaf yang terkesan susulan PKP kali ini akan menerima bantuan khas antara RM300 dan RM500 setiap Ketua Isi Rumah (KIR).
Katanya, pengagihan bantuan khas itu akan dimasukkan terus ke akaun KIR selewat-lewatnya pada 20 Januari 2021.
"Bantuan khas yang disalurkan tidak membabitkan
pemotongan bantuan bulanan dan bantuan sara hidup,” katanya.
Beliau berkata, bantuan khas itu diluluskan bagi membantu meringankan bebanan golongan asnaf yang turut terkesan berikutan bencana banjir dan PKPB dan PKP seperti diumumkan kerajaan.

MOHD ROZI BIDIN
Katanya, kaedah pengagihan bergantung kepada jumlah tanggungan keluarga terbabit.
Mohd Rozi berkata, mereka yang mempunyai tanggungan melebihi
tiga orang akan menerima sebanyak RM500, manakala kurang daripada tiga tanggungan
menerima RM300.
"Ahli majlis mesyuarat MAIDAM memutuskan meluluskan bantuan
khas selepas mengambil kira bebanan terpaksa dihadapi golongan asnaf yang
terkesan susulan bencana banjir dan terbaharu PKPB yang diumumkan oleh kerajaan sebagai untuk membeli kelengkapan sekolah sebagai contohnya," katanya. - KitaReporters