Seni & Sukan 13 Dec, 2024

Malaysia Boleh! Tahniah MFMPA! Jenama Miss World Kebaya dipromosi sebagai francais ke persada dunia!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

/


Dr Jason Hee bersama peserta Miss World Kebaya di Melaka.


TAHNIAH Malaysia, kita boleh!.

SELEPAS ini bolehlah penganjuran Miss World Kebaya (Ratu Kebaya Dunia) dijadikan jenama untuk difrancaiskan ke peringkat antarabangsa sebagai mana pertandingan Miss Universe atau Miss World yang ditonton oleh jutaan di seluruh dunia.

Sudah masanya negara mempromosikan kebaya bukan saja sebagai lambang rasmi negara malah dipopularkan untuk wanita di seluruh dunia.

Sebelum pengesahan itu, sudah ada usaha untuk menjadikan perganjuran Miss World Kebaya satu francais dari Malaysia.

Ini kerana usaha ini dilihat oleh beberapa pihak terutama yang menjaga warisan negara itu mahu membawa kebaya ke pentas dunia sebagai satu cara menjana kewangan. Ini kerana pertandingan itu akan ditonton oleh jutaan penonton dan stesen terbabit pastinya akan dikenakan bayaran untuk membeli siaran langsung.

Ini juga masa yang sangat tepat selepas lama menunggu akhirnya, kejayaan milik Malaysia dan empat lagi negara jiran apabila Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf kebaya itu yang bukan sahaja mengukuhkan status kebaya sebagai khazanah budaya yang abadi.

Legasi kebaya akan tersebar luas dalam menonjolkan kepentingannya dalam mewakili kepelbagaian, keanggunan, dan perpaduan negara.



Presiden Miss World Kebaya, Dr Jason Hee (gambar) yang begitu teruja dan bangga selepas mendapat perkhabaran itu, berkata akhirnya usaha untuk meminta pakaian itu dijadikan lambang rasmi negara tercapai dan ini akan menginspirasikan penghargaan yang baharu terhadap kebaya dalam kalangan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa. 

Pada 5 Disember 2024, Malaysia berjaya memperoleh pengiktirafan untuk elemen warisan kebudayaan tidak ketara, kebaya bersama-sama Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand. 

Usaha ini dikatakan sudah lama diminta kerana kebaya terutama Kebaya Nyonya dan Cheongsam adalah lambang rasmi yang sudah diiktiraf oleh negara China ketika mereka mula mengadakan hubungan dengan Melaka seawal abad ke-15. 



Peserta dibawa jelajah pusat percutian terkenal di Sepang.


Wikipedia mencatatkan hubungan diplomatik antara Melaka dan China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun 1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409.

Dalam satu kenyataan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), keputusan itu dibuat menerusi Jawatankuasa Antara Kerajaan untuk Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara (IGCICH) sesi ke-19 yang berlangsung di Asuncion, Paraguay dari 2 hingga 7 Disember.

'Kebaya: Skills, Traditions and Practices' di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity merupakan pencalonan bersama dengan empat negara berkenaan. 

"Saya berasa amat teruja dan bangga kerana kebaya telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai sebahagian daripada warisan budaya Malaysia. 

"Pengiktirafan ini bukan sahaja mengukuhkan status kebaya sebagai khazanah budaya abadi tetapi juga menonjolkan kepentingannya dalam mewakili kepelbagaian, keanggunan, dan perpaduan negara kita," katanya diminta mengulas laporan terbaru UNESCO yang memberi pengiktirafan itu.

Wikipedia mencatatkan baju kebaya dipercayai berasal dari negara Arab di mana pedagang Arab telah membawa dan memperkenal fesyen pakaian ini ke Nusantara sejak ratusan tahun dahulu. Baju kebaya atau dikenali sebagai abaya dalam Bahasa Arab kemudiannya tersebar ke Melaka, Jawa, Sumatera, Bali, dan Sulawesi.


 

Puteri kebaya yang akan membawa nama Malaysia ke seluruh dunia.


Dr Jason berkata demikian selepas selesai penyampaian Anugerah Malaysia Fashion, Modeling & Pageant Association (Persatuan Fesyen, Peragaan dan Peraduan Malaysia atau MFMPA) untuk meraikan pencapaian luar biasa pemain industri fesyen, peragaan (modeling), ushawan tersohor dan hospitality yang membantu menjayakan Festival Kebaya Dunia 2024 yang dilancarkan pada 9 November 2024 di Wyndham Ion Majestic Genting Highlands. 

Festival yang berakhir pada 29 November itu dimeriahkan dengan pencarian Miss World Kebaya yang pertama kali dianjurkan pada peringkat dunia. Miss World Kebaya 2024 itu dimenangi usahawan, model, pelajar, pemilik sekolah seni serta media, Ariel Peiyu Yao sebagai ratu kali pertama itu.

Turut memeriahkan acara penganugerahan MFMPA adalah anugerah The New Charismatic Successful Enterpreneur Award, MFMPA Kids/Teen Glizt dan Glam Award.

Semua mereka terbabit sebagai penaja bersama sepanjang Festival Kebaya Dunia 2024, Malaysia Heritage Fashion Show & Associated Event.


  

Tahniah.


Dr Jason yang juga Presiden MFMPA, berharap pencapaian ini akan menginspirasikan penghargaan yang baharu terhadap kebaya dalam kalangan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa, serta mendorong lebih ramai untuk menghargai dan memelihara legasi ini.

Pengiktirafan ini juga membuka peluang untuk memperkukuh identiti budaya Malaysia pada peringkat global, memperlihat kehalusan seni reka dan tradisi yang kaya di sebalik pakaian indah ini.

"Untuk memperkenal kebaya kepada dunia, saya merancang untuk bekerjasama dengan duta budaya, pereka fesyen, dan platform media bagi menganjurkan pameran global, pertunjukan fesyen, serta program pertukaran budaya. 

"Dengan inisiatif mengadakan Miss World Kebaya, kita mampu mengharumkan nama kebaya sebagai salah satu warisan negara dan peranannya menggalakkan wanita memperagakan fesyen ini sebagai satu legasi dengan penuh rasa bangga," katanya. - KitaReporters


Elaine Lee turut diberi penghargaan dengan menerima anugerah Asia Most Outstanding All-Round Artis 2024, 

18
19
0
12
0
You will be interested