Seni & Sukan 23 May, 2022

Hero Tanjung! Muhammad Syahir selamatkan wanita nak bunuh diri! Terjun dari Jambatan Pulau Pinang!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

Kredit foto : Media Sosial


HASRAT seorang wanita untuk terjun ke laut di Jambatan Kedua Pulau Pinang dipercayai untuk membunuh dirinya tidak kesampaian apabila dia sempat diselamatkan oleh seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang secara kebetulan berada di tempat kejadian pada petang Sabtu 21 Mei 2022.

Menurut laporan media, wanita berkenaan berbuat demikian kerana dipercayai mempunyai masalah keluarga.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan kejadian bunuh diri

MUHAMMAD Syahir Jamaludin anggota bomba dinobatkan sebagai wira kerana berjaya menyelamatkan seorang wanita  yang mahu terjun ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang.



Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 3.35 petang pada 21 Mei 2022 lalu, mangsa yang berumur 43 tahun berasal dari Bukit Mertajam itu dikatakan berwajah sedih dan termenung sebelum dia bertindak hendak terjun ke dalam laut tetapi wanita itu berjaya diselamatkan oleh anggota bomba terbabit, Muhammad Syahir Jamaludin, 31.

Atas tindakan cekap anggota bomba berkenaan berlari dan berjaya menyelamatkan wanita itu dengan menarik kedua belah tangannya ketika dia nekad untuk terjun ke laut.

Muhammad Syahir berkata, pada hari kejadian tersebut, dia bercuti dan semasa itu dia dalam perjalanan dari Kepala Batas ke Georgetown melalui jambatan itu pada kira-kira 3.15 petang.

Dia berkata, apabila tiba di Kilometer 3.4 arah Prai menghala ke bahagian pulau, dia terpandang dari jauh seorang wanita berada di tepi jambatan mahu terjun ke dalam  laut.


 

MUHAMMAD Syahir berjaya menarik serta menyelamatkan wanita itu yang berada di tepi jambatan untuk terjun ke laut. - Kredit foto: Media sosial


“Sebelum itu, saya melihat ramai pengguna jalan raya berhenti di tepi jalan kerana melihat  ada seorang wanita yang hendak terjun ke laut dipercayai untuk bunuh diri.

“Ketika itu, beberapa orang awam sedang memujuk wanita itu  supaya tidak berbuat demikian dan serentak dengan itu,  saya tanpa membuang masa terus pergi ke tempat kejadian itu,’’ katanya.



Walaupun Muhammad Syahir tidak bertugas pada hari tersebut tetapi adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai anggota bomba untuk menyelamatkan nyawa wanita itu tanpa mengira waktu yang turut dibantu oleh beberapa orang awam semasa kejadian itu berlaku.

“Saya lihat di bawah jambatan itu ada pemancing yang sudah bersedia untuk bertindak sekiranya wanita itu nekad untuk terjun ke laut dan sekarang ini syukur semuanya telah selamat dan kes tersebut  telah pun diserah kepada polis,’’ katanya yang sudah berkhidmat anggota bomba selama 12 tahun.

Kejayaan Muhammad Syahir menyelamatkan wanita itu dianggap ‘wira bomba’ mendapat pujian netizen selepas video kejadian tersebut viral dalam media sosial.


ORANG awam cuba memujuk serta menenteramkan wanita itu yang cuba bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang pada 21 Mei 2022. - Kredit foto: Media sosial


Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi  (PGO) JBPM berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 3.35 petang.

“Sebaik sahaja pihak kami tiba, mendapati wanita itu telah diselamatkan anggota bomba yang tidak bertugas itu yang kebetulan berada di tempat kejadian,’’ katanya. - KitaReporters


11
14
0
13
1
You will be interested