Seni & Sukan 22 Jun, 2020

Jom tengok gajah di PKGK! Sektor pelancongan dah buka wei!!

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this

SELEPAS ditutup hampir tiga bulan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak pandemik COVID-19 sejak awal Januari 2020, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang, Temerloh sudah dibuka semula kepada pengunjung mulai 15 Jun 2020. : KitaReporters

Gajah di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang perlu dimandikan walaupun pusat berkenaan ditutup ketika PKP lalu. - Kredit foto: Salehudin Mat Rasad


Tiga bulan ditutup tanpa pengunjung. Gajah pun bosan tak tahu nak buat apa. 

Tutup pintu gerbang Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) bermakna aktiviti gajah bersama pengunjung turut terhenti. Rutin harian hanya makan, tidur dan berjalan-jalan. 

Itu ajelah kerjanya. Membina badan betul!!!

Kejap aje tiga bulan tu. Dan sekarang mulai 15 Jun 2020, kerajaan telahpun mengumumkan pembukaan semula sektor ekopelancongan di seluruh negara, tetapi masih perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang  ditetapkan oleh Majlis Keselamatan  Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Kredit foto: Salehudin Mat Rasad

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pembukaan pusat ekopelancongan itu selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mula dilaksanakan pada 10  Jun 2020 lalu.

"Mengambil kira keperluan rakyat dan bagi menggerakkan sektor pelancongan, pihak kementerian membuka semula pusat-pusat ekopelancongan yang popular di negara ini mulai 15 Jun 2020.

"Selain PKGK, Taman Negara Kuala Tahan, Taman Negara Sg. Relau Merapoh, Taman  Negara Terengganu di Tanjung Mentong, Tapak Ramsa Tasik Bera, Taman Negara Pulau Pinang,  Paya Indah Wetlands di Dengkil, dan Taman Negara Kelantan di Kuala Koh, serta zoo seperti Zoo Negara turut dibuka," katanya dalam sidang akhbar selepas lawatan ke Pusat Konservasi berkenaan pada 14 Jun 2020.



Oleh itu, marilah kita teruskan aktiviti di PKGK Kuala Gandah! Macam-macam ada! 

Pasti semuanya dah rindu nak bagi gajah makan tebu, rindu nak mandi dengan gajah dan rindu juga nak naik gajah. Rindu untuk menyaksikan persembahan gajah! 

Rindu juga nak menonton video kisah gajah selamatkan gajah lain di kawasan hutan dan pameran di Galeri Gajah! 

Semua aktiviti berkaitan gajah memang menarik.

Tetapi perlu diingatkan bahawa PKGK masih perlu mengehadkan bilangan pengunjung antara 100 hingga 150 orang sehari kerana wabak COVID-19 masih belum berakhir. 

Penjarakan sosial masih perlu diamalkan ye. Juga mengambil bahan suhu badan sebelum dibenarkan memasuki kawasan gajah. 

Jangan langgar SOP. Nanti kene tutup pulak!

Agenda utama setiap pengunjung di PKGK adalah untuk melihat persembahan gajah, mandi dengan anak gajah selain turut berpeluang memberi makan kepada haiwan berkenaan. 

Riuh rendah kedengaran suara pengunjung terutama kanak-kanak yang sememangnya begitu teruja dapat melihat gajah berada depan mata. 

Tak takut ke dek. Gajah tu besar sangat tau! 

Kredit foto: Mohd Rafi Mamat


Ketika PKP dilaksanakan, gajah hanya dibawa berjalan-jalan selain dimandikan bagi memastikan mereka sentiasa dalam keadaan sihat dan cergas.

Walaupun pusat itu ditutup kepada pengunjung ketika itu, 20 kakitangannya tetap bertugas secara bergilir dalam memastikan keselamatan dan kesihatan haiwan berkenaan. 

Sudah menjadi sifat semula jadi gajah bahawa ia perlu berjalan di kawasan terbuka dan di kawasan hutan setiap hari.

“Sekiranya tidak berbuat demikian atau melakukan sebarang aktiviti, tahap kesihatan gajah akan terjejas,” kata Ketua PKGK, Muhammad Khairul Adha Mat Amin.

Kredit foto: Bernama


Katanya, di sebelah siang, gajah perlu melakukan gerakan selain makan dan sekiranya cuaca panas, ia perlu mandi di sungai selama 10 hingga 15 minit. 

Setiap aktiviti gajah akan dikawal selia dua gembala gajah. 

"Gajah diberi makan buah-buahan dan beberapa jenis makanan mengikut sukatan ditetapkan. Bagi yang tidak sihat, rawatan diberikan oleh pegawai perubatan," katanya.

PKGK yang dibangunkan pada 1989 terkenal sebagai Pusat Operasi Tetap Unit Tangkapan Gajah (UTG) dan berfungsi sebagai kawasan untuk melindungi gajah dan habitatnya, yang mana terdapat  31 ekor gajah membabitkan 20 ekor gajah dewasa dan 11 ekor anak gajah.

PKGK Kuala Gandah berjaya merekodkan kira-kira dua juta pelancong dari 2008 sehingga Mac 2020 dan amat popular dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara.

Kerajaan akan berusaha membantu PKGK Kuala Gandah dalam memastikan ia dapat terus kekal menjadi destinasi pelancongan yang terkenal di negara ini. 

Lokasi berkenaan yang kini menempatkan 31 gajah sudah terkenal di peringkat antarabangsa. - KitaReporters

Gambar hiasan
2
0
0
0
0
You will be interested