PARA pujangga selalu mengungkapkan perkataan "Apalah ada pada nama" yang mungkin kerana disebabkan nama itu ia boleh membuatkan seseorang
menjadi hidup merana atau sengsara dan disebabkan namanya juga boleh menjadi
punca membangkitkan semangat sehingga menyebabkan seseorang itu dapat hidup
bahagia sepanjang masa.
Namun, di sebalik nama yang unik dicipta bagi setiap orang oleh kedua-dua ibu bapa kiota sudah pasti ia mempunyai maksud serta pengertian yang tersendiri selain ada juga nama-nama yang melucukan menyebabkan kita sukar untuk mempercayainya walaupun namanya betul dan benar.
Bagi orang tua serta ibu bapa sudah pasti memberi nama anak-anak mereka sama ada nama yang unik dan cantik ataupun apa-apa nama termasuk nama yang tidak munasabah untuk anak mereka asalkan mempunyai pengertian atau maksud yang baik terhadap orang tua.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan nama-nama anak
Kredit foto: Twitter @txtdrimedia
Baru-baru ini, viral dalam media sosial dengan tiga nama yang unik untuk seseorang iaitu ‘Hari Idul Fitri’ berumur 41 tahun, ‘Lalu Dunia Pun Tersenyum’, 12, serta ‘Dan Semuanya menjadi Indah’, 6, yang kesemuanya nama tersebut diberikan oleh ibu bapa anak terbabit semasa dilahirkan.
Kebanyakan netizen turut mempersoalkan kepada ibu bapa anak terbabit yang memberikan nama anak mereka agaknya melucukan dan mengaibkan anak-anak itu sendiri.
Dipetik dari laporan Tribunnews.com pada 23 April 2022, nama Hari Idul Fitri adalah seorang lelaki warga Kabupaten Probolinggo, Jawa Timur, Indonesia.
Berdasarkan pada kad Kartu Tanda Penduduk (KTP) atau kad pengenalan, lelaki terbabit yang bernama Hari Idul Fitri itu dilahirkan pada 12 Jun 1981.
HARI Idul Fitri menunjukkan KPT yang terdapat namanya. - Kredit foto : Tribunnews.com
‘’Nama saya unik dan ramai kawan-kawan yang baharu mengenali diri saya pada awalnya tidak mempercayai bahawa saya bernama Hari Idul Fitri.
‘’Tetapi apabila saya menunjukkan KTP baharulah mereka yakin nama saya begitu dan ayah saya Mohammad Haris yang memberikan nama itu (Hari Idul Fitri) kerana saya dilahirkan pada Hari Raya Aidilfitri,’’ katanya kepada Tribunnews.com pada 21 April 2022 lalu.
Hari Idul Fitri berkata, dia amat bahagia dengan nama itu yang
diberi oleh bapanya dan dia tidak merasa malu pun dengan rakannya.
Menurutnya, apabila tiba setiap kali hari lebaran, dia merasa paling bahgia kerana Hari Raya Aidilfitri ada kaitan dengan namanya.
KPT yang terdapat nama dua beradik iaitu 'Lalu Dunia Pun Tersenyum' dan 'Dan Semuanya Menjadi Indah. - kredit foto : Tribunnews.com
Sementara itu, nama Lalu Dunia Pun Tersenyum dan Dan Semuanya Menjadi Indah juga mempunyai nama unik yang merupakan dua adik beradik tinggal di Kabupaten Brebes, Jawa Tengah.
Diketahui, salah seorang dari kanak-kanak itu pernah mengadu kepada ibu mereka, Fajar Setiawan, 38, untuk menukar nama lain.
Tetapi Fajar tidak menjadi masalah pun dengan nama-nama anaknya itu kerana dari dulu lagi dia sudah menduga bahawa masyarakat suatu masa nanti akan membicarakan nama anak-anaknya seperti itu.
“Saya yang memberi nama anak saya (dua beradik) seperti itu yang kelainan dari orang lain . Itu doa saya supaya suatu masa nanti mereka dapat membahagiakan ibu bapa dan berguna kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara,’’ katanya.
Apa yang menarik nama yang unik kedua-dua adik beradik itu iaitu
kakaknya (Lalu Dunia Pun Tersenyum) dan adiknya (Dan Semuanya Menjadi Indah)
jika digabungkan akan menjadi kalimat yang utuh yang berbunyi.
"Lalu Dunia Pun Tersenyum Dan Semuanya Menjadi Indah." - KitaReporters
FAJAR Setiawan yang anak-anaknya mempunyai namanya unik berada di rumahnya di Kecamatan Ketanggungan, Brebes pada 21 April 2022. - Kredit foto: Suara.com