Seni & Sukan 02 Jan, 2023

Piala AFF 2022: Moh turun sokong Harimau Malaya! Pan-gon seru penyokong datang! Pastikan kemenangan!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Menurut Kim Pan-gon, Malaysia mempunyai kelebihan kerana bermain di halaman sendiri dan mempunyai sokongan padu daripada penyokong setia dan elemen ini dapat membantu anak buahnya berjuang mencari kemenangan.


Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyeru kepada penyokong untuk turun beramai-ramai menyokong pasukan kebangsaan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan B Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari ini, 3 Januari 2022. 

Kehadiran penyokong di stadium sangat penting ketika ini bagi menaikkan moral pemain kerana ketika ini Malaysia perlu mencari kemenangan dan tidak boleh seri apatah lagi kalah dalam aksi tersebut. 

Hanya kemenangan sahaja mampu memberi jaminan mereka ke separuh akhir bersama Vietnam.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala AFF



Singapura ketika ini berada di kedudukan nombor dua kumpulan dengan tujuh mata sementara Malaysia enam mata. Sebab negara dari Sebarang Tambak ini hanya perlu seri sahaja untuk layak.   

Menurut Pan-gon, Malaysia mempunyai kelebihan kerana bermain di halaman sendiri dan mempunyai sokongan padu daripada penyokong setia dan elemen ini dapat membantu anak buahnya berjuang mencari kemenangan. 

Biarpun mereka akan bermain bertahan tetapi skuad kendalian akan turun menyerang dan terus menyerang untuk memburu jaringan. 

Situasi ketika ini sama seperti Piala AFF 2014 di mana Singapura hanya memerlukan seri namun Malaysia berjaya bangkit unruk mencapai kemenangan 3-1 dalam aksi terakhir yang diada di Singapuran. 

Moga kejayaan buat Harimau Malaya dan setiap pemain akan terus berjuang demi nama Malaysia. - KitaReporters


Kredit foto-foto: FAM 

11
12
0
18
0
You will be interested