Seni & Sukan 17 Sep, 2021

Percuma! Program Transformasi Diri Guru Bonda Muhaya! Cikgu juga perlukan sokongan, motivasi!

@rahanamd
Bekas Wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Majalah Wanita dan akhbar di Ibu Pejabat Jalan Chan Sow Lin dan biro Kelantan.

Share this


APABILA Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan pada musim pandemik, ibu bapa bimbang jika anak-anak mereka tidak mampu mengadaptasi sistem yang diguna pakai.

Kerisauan tersebut pada hakikatnya turut dirasai kumpulan guru walaupun wujud desas-desus yang mempertikaikan kesungguhan mereka.

Besar harapan para guru bahawa tidak ada pelajar yang tercicir dan dapat menyerap segala ilmu yang disampaikan agar dalam apa juga situasi negara berupaya melahirkan insan yang cemerlang dan terbilang apabila mereka dewasa.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan cikgu

Cikgu Zurina semasa mengajar di dalam kelas sebelum PKPD dilaksanakan.


Seorang guru, Cikgu Zurina Shaari, 49, dari Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Sitiawan, Perak, berkata, sepanjang implementasi PdPR, beliau melalui perjalanan mencabar apabila terpaksa memahirkan diri dalam penyediaan bahan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Meskipun situasi tersebut agak sukar tetapi dia berjaya mengatasinya, namun apabila ada muridnya yang terjejas, keadaan tersebut mengusik emosi dan naluri keibuannya.

“Anak-anak murid ibarat anak sendiri. Apabila mendapat khabar ada murid  terpaksa makan bubur nasi pada musim PKP/PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan/Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan), terus mengalir air mata kerana memikirkan anak-anak didik terpaksa belajar dalam keadaan perut  lapar.

“Mereka ini adalah golongan yang terjejas setelah ibu bapa kehilangan kerja dan punca pendapatan. Jujurnya emosi saya turut tercalar dan simpati,” katanya ketika ditemui.


Cikgu Zurina Shaari.


Beliau yang  mengajar tiga subjek, Bahasa Melayu, Matematik dan Sains menambah, isu mengenai PdPR sering dikaitkan dengan kegagalan guru.  

Pelbagai masalah dibangkitkan, antaranya murid tidak memberikan tumpuan, enggan menyiapkan tugasan, tidak ada kemudahan komputer riba dan masalah capaian talian  internet. Maka timbul tohmahan para guru hanya makan gaji buta. Bagaimanapun kata-kata jelik itu tidak mematahkan semangatnya.

“Saya tidak putus asa dan menyampaikan sesi PdPR secara dua kaedah iaitu dalam talian dan luar talian. Bagi murid yang tidak mampu saya sediakan modul dengan harapan semua murid berjaya,” katanya.


Cikgu Siti Khatijah Anis dari SMK Tun Aminah, Batu Pahat mengajar subjek Matematik untuk pelajar-pelajar tingkatan lima.


Seorang lagi guru, Siti Khadijah Anis, 36, guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah, Batu Pahat, Johor pula memberitahu cabaran sepanjang PdPR adalah dari segi kepuasan mengajar, di mana pengajian  dalam talian dengan mengajar secara bersemuka menuntut pendekatan berbeza.

“Saya mengajar subjek Matematik dan mempunyai tiga kelas tingkatan  lima. Apabila mengajar kelas peperiksaan tekanan lebih dirasai. Setiap hari saya memikirkan kaedah paling mudah pelajar menghantar kerja sekolah.

“Saya pastikan mereka menguasai tajuk yang akan disampaikan kerana tahun pertama SPM dijalankan dengan format KSSM (format baharu). Saya sediakan latihan-latihan yang menarik supaya pelajar tidak bosan dengan kelas yang dijalankan.

“Sebagai isteri dan ibu urusan rumah tangga berjalan serentak kerana saya perlu memantau kelas  PdPR anak di tahun tiga. Saya mencuri masa mengajarnya jika ada waktu terluang antara kelas bersama pelajar. Fizikal dan mental sangat penat, namun emosi perlu ditangani dengan baik,” katanya.


Cikgu SIti Khatijah semasa bersama pelajarnya dalam kelas dalam talian PdPR semasa PKP/PKPD dilaksanakan. 


Walaupun kedua-duanya kekal bersemangat namun mereka memilih untuk menyertai Program Transformasi Diri Guru anjuran Muhayya Momentum yang diadakan pada 21 Ogos 2021 lalu.

Program yang dikendalikan oleh Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad (bonda Muhaya) itu ternyata memberi impak positif

Dalam situasi sekarang, golongan pendidik juga memerlukan motivasi, kata-kata semangat serta sistem sokongan untuk mengekalkan kesihatan mental dan fizikal menghadapi sistem pembelajaran yang lebih mencabar.

“Program Transformasi Diri Guru ini bukan sahaja dapat meningkatkan motivasi diri, bahkan melengkapkan nilai kerohanian yang tinggi dan berjaya menjadi insan lebih positif dan berjiwa besar. Sentiasa memohon maaf dan memohon dihalalkan ilmu sewaktu mengajar anak-anak didik,” kata Zurina.

Para guru yang berminat digalakkan menyertai Program Transformasi Diri Guru 2.0 yang diadakan secara percuma pada 18 Sept 2021. 


Sementara Siti Khadijah pula lega menyertai program tersebut  yang berjaya mengembalikan semangat yang sedikit tergugat gara-gara tekanan pandemik Covid-19.

“Dengan izin Allah, saya rasa gembira, bersemangat dan yakin apa yang perlu dilakukan. Paling saya ingat, bonda Muhaya menyebut kerisauan yang wujud ubahlah kepada doa sebab hati murid-murid, Allah yang pegang.

“Kenapa perlu risau murid kita masuk kelas dalam talian atau tidak? Hantar kerja sekolah atau tidak? Sebaiknya kita doakan agar pintu hati mereka terbuka. Saya akui kadang-kadang terlupa mendoakan pelajar untuk menyertai kelas dalam talian,” katanya.



Oleh kerana sambutan luar biasa yang diterima pada sesi pertama, pihak Muhayya Momentum kini membuka penyertaan sesi ke-2 program tersebut.

Program Transformasi Diri Guru 2.0 yang turut disertai selebriti terkenal Fazura sebagai tetamu undangan di samping disediakan hadiah menarik akan diadakan pada 18 September 2021.

Sementara itu , Prof Dr. Muhaya ketika dihubungi berkata, dalam Program Transformasi Diri Guru 2.0 ditekankan dalam apa juga situasi negara, pendidikan tetap diteruskan demi memastikan golongan belia tidak ketinggalan dalam bidang akademik.

“Dalam apa juga kerjaya, perlu ada dua ilmu iaitu ilmu melakukan pekerjaan tersebut dan bagaimana ilmu itu ditingkatkan agar lebih berkesan. Dalam program, bonda bukan mengajar tetapi bagaimana para guru boleh meningkatkan taraf diri dari segi imej, sistem nilai, tindakan dan hasilnya.

“Secara peribadi bonda percaya bahawa usaha kita membina ummah, melalui gurulah ramai golongan celik ilmu dan cendekiawan dapat dilahirkan.

Bonda ingin infaqkan diri untuk melakukan transformasi diri guru secara percuma dan diharapkan program ini mendapat sambutan ramai

"Ia juga salah satu cara bonda menzahirkn kesyukuran dan penghargaan atas segala jasa baik guru-guru yang pernah mendidik bonda dari darjah satu sehingga tingkatan enam atas di Tun Fatimah Johor Bahru.

“Kemudian melanjutkan pula pengajian di Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM) seterusnya ke peringkat PhD di London. Banyak yang bonda belajar dan interaksi antara guru, bonda ambil sebagai suatu pelajaran,” katanya yang pernah menerima anugerah pengajar terbaik UKM.



Bagi mereka yang berminat menyertai program secara percuma dan bakal diadakan pada 18 September 2021 ini, boleh mendafttar dengan menekan link https://yup.la/TRANSFORMASI_GURU_2

atau hubungi talian 0194447449 untuk maklumat lanjut. - KitaReporters


17
13
0
7
0
You will be interested