Seni & Sukan 22 Aug, 2020

Tolak pampasan RM7.3j! Demi teruskan legasi bertani keluarga

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

MENETAP di kawasan lapangan terbang yang sibuk semestinya bingit dengan bunyi pesawat berkenaan yang baru tiba dan berlepas selain keadaan yang penuh berhabuk. Keadaan bising 24 jam itu membuatkan tiada individu yang sanggup untuk menetap dan menjalankan aktiviti di kawasan itu. : KitaReporters

TAKAO Shito banga dapat teruskan legasi keluarga meneruskan kerja-kerja bertani.


Tapi tidak kepada seorang petani, Takao Shito dari Jepun yang cekal meneruskan kehidupan di kawasan berkenaan dan meneruskan mengusahakan ladang organik yang dimiliki datuknya sejak 100 tahun lalu.

Lebih dahsyat petani muda itu sanggup menolak pampasan tinggi yang ditawarkan kerajaan untuk berpindah dan mencari kawasan lain untuk mengusahakan ladang milik keluarganya.

CEKAL teruskan mengusahakan ladang organik biarpun 30 penghuni lain meninggalkan kawasan tersebut selepas ditawarkan pampasan yang tinggi oleh kerajaan Jepun. - Kredit foto: BBC Reel


Sebelum ini, kawasan berkenaan merupakan kawasan ladang yang dimiliki 30 keluarga petani lain, namun seorang demi seorang meninggalkan kawasan itu selepas ditawarkan pampasan yang tinggi.

Dia kini mengusahakan lebih 10 jenis tanaman seperti lobak merah, bawang putih dan pelbagai jenis tanaman menggunakan terowong bawah tanah sebagai laluan menghubungkan ke jalan utama.

“Ladang ini adalah milik tiga generasi dimulakan oleh datuk saya sebelum diserahkan kepada bapa saya mengusahakan dan kini saya pula akan meneruskan legasi ini dan tidak akan sesekali menjual kepada kerajaan biarpun ditawarkan dengan pampasan yang tinggi.

“Ini soal maruah keluarga saya akan terus usahakan ladang ini dan tidak sesekali meninggalkan kawasan ini,” kata Shito yang sebelum ini bekerja dalam bidang lain.

BIARPUN ditawarkan pampasan yang tinggi dia tetap menolak dan mahu meneruskan aktiviti bertani yang diusahakan oleh datuknya sejak 100 tahun lalu.


Keluarga Shito ditawarkan 180 juta yen (RM7.3 juta) sebagai pampasan oleh kerajaan Jepun untuk berpindah selepas kera

ajaan memutuskan untuk membina lapang terbang di kawasan ladang miliknya.

 Malah bapanya, Toichi merupakan individu utama yang menentang tindakan kerajaan untuk pembangunan di kawasan berkenaan pada tahun 1970.

Malah bapanya sanggup menggunakan khidmat perundangan bagi menghentikan pihak berkuasa mengusir secara paksa dari tanah yang diusahakan keluarganya lebih 100 tahun itu.


Perjuangan bapanya akhir berbayar selepas pihak kerajaan membenarkan dia menetap dan meneruskan aktiviti di kawasan berkenaan. Ttu menjadi symbol hak kemanusian, sekali gus menguatkan lagi semangat untuk meneruskan aktiviti di ladang berkenaan.

"Saya ditawarkan penyelesaian wang dengan syarat saya meninggalkan ladang saya, mereka menawarkan pampasan yang tinggi. Itu adalah gaji petani selama 150 tahun tapi saya tidak berminat dengan wang tetapi lebih berminat untuk meneruskan kerjaya sebagai petani,” katanya lagi.

Semoga Shito terus bertahan demi maruah keluarga KitaReporters 

LADANG miliknya berada di dalam kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, dan menjadikan terowong bawah tanah sebagai penghubung ke jalan utama. - Kredit foto: BBC Reel.

1
6
0
1
1
You will be interested