Kredit foto: FB AFF Suzuki Cup
SATU lawan yang paling liat buat ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dan satu lagi musuh ketat Malaysia di gelanggang bola sepak sejak berdekad-dekad lalu.
Seperti pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berakhir di Dubai, Jun 2021 lalu, Vietnam dan Indonesia kembali menjadi rintangan pasukan negara di samping Kemboja dan Laos dalam Kumpulan B Piala AFF 2020 (2021).
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Piala AFF
CARTA undian peringkat kumpulan Piala AFF 2020 (2021) yang dijalankan dalam talian. - Kredit foto: FAM
Majlis undian secara dalam talian pada 21 September 2021 sesuai dengan norma baharu ekoran Covid-19 'menjodohkan' mereka.
Piala AFF anjuran Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang ditunda dari 2020, akan diadakan pada 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022.
Vietnam juga menumpaskan kita 3-2 secara agregat dalam perlawanan akhir timbal balik untuk menjuarai Piala AFF 2018 (2-2 di Bukit Jalil dan 1-0 di Hanoi).
Hanya sekali Harimau Malaya bergelar juara iaitu pada 2010 selain dua kali lagi naib juara, 1996 dan 2014.
Lima pertemuan lalu sejak 2018 menyaksikan empat daripadanya dimenangi Si Naga Emas sedangkan sekali sahaja berkesudahan seri buat anak-anak buah Cheng Hoe.
VIETNAM (merah) berada di kelas berbeza sekarang kerana turut memburu tiket pusingan akhir Piala Dunia 2022 dengan Arab Saudi, Australia, China, Oman dan Jepun. - Kredit foto: FAM
INDONESIA (putih) kalah dua kali dengan Malaysia pada 2019 tetapi pasti kembali dengan dendam membara selaku musuh tradisi. - Kredit foto: FAM
Indonesia pula pernah kita tewaskan 3-2 dan 2-0 dalam kelayakan itu di Jakarta dan Bukit Jalil, dua tahun lalu namun setiap pertemuan menjanjikan suasana yang getir dan memang ditunggu-tunggu.
Kata Cheng Hoe, “kita tahu Vietnam pasukan pilihan Kumpulan B tetapi bukan mereka sahaja yang perlu difokuskan.
"Indonesia musuh tradisi kita. Kemboja pula kita tidak boleh diambil mudah, begitu juga Laos,” katanya.
Cheng Hoe juga mempunyai dua perlawanan persahabatan tahap 1 antarabangsa menurut kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada awal Oktober 2021 ini bagi membentuk Harimau Malaya yang berwajah baharu.
KESEBELASAN utama Harimau Malaya ketika Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia di Dubai pada Jun 2021 lalu. - Kredit foto: FAM
Piala AFF juga wajar menjadi gelanggang persediaan terbaik menjelang tugasan yang lebih besar - pemburuan tiket pusingan akhir Piala Asia menerusi kelayakan pusingan ketiga dan terakhir pada Januari atau Februari 2022.
"Kami jurulatih akan sentiasa memantau prestasi pemain-pemain kita (termasuk ketika kempen Piala Malaysia mulai 26 September 2021 ini). Yang dipanggil perlu berikan sumbangan terbaik kepada pasukan negara,” kata Cheng Hoe.
Juga dalam norma baharu dan ekoran Covid-19, tiada lagi format dua perlawanan tempat sendiri dan dua perlawanan tempat lawan yang digunakan seperti Piala AFF 2018 sebaliknya ditukar ke venue berpusat atau karnival sahaja. - KitaReporters
PRESTASI Harimau Malaya dalam Piala AFF ini pasti turut menjadi indeks prestasi utama khidmat Tan Cheng Hoe selaku ketua jurulatih. - Kredit foto: FAM
SKUAD Harimau Malaya juara Piala AFF 2010 selepas menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat.