Seni & Sukan 06 Jun, 2021

Video| Tahniah Ayu Raudhah, Zaquan Adha! Penuh kereta dengan kehadiran Muhammad Aisy Al Jibreel!

@rodly fadly
Memulakan kerjaya kewartawanan bersama Mingguan Perdana dan Harian Nasional pada 1983. Pada 1984-1991 menyertai Kumpulan Karangkraf sebagai Pengarang Arena Bolasepak dan Mingguan Sukan sebelum ke Berita Harian (1991-1997). Pemenang Anugerah Penulis Sukan Terbaik Malaysia 1986. Kini penulis bebas.

Share this

Ayu Rhaudah berkongsi kegembiraan dengan kelahiran anak kelimanya melalui IGStory.


IBARAT pasukan bola sepak yang gembira menyambut pemain baharu dalam pasukan, kehadiran Muhammad Aisy Al Jibreel dalam keluarga pasangan suami isteri, Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak dan pelakon, Ayu Raudhah tidak syak lagi menambahkan seri rumah tangga mereka.

Aisy Al Jibreel yang lahir pada 29 Mei 2021 dengan berat 1.94kg merupakan anak kelima pasangan itu selepas memiliki empat cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 8; Muhammad Aisy Aryann, 7; Laura Zuleykha, 4; dan Muhammad Aisy Khaliq, 2.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kelahiran



Zaquan dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 21 Januari, 2011, merupakan pasangan yang amat disenangi peminat kerana kerharmonian rumah tangga mereka. 

Kegembiraan kelahiran cahaya mata baharu itu dikongsi oleh Zaquan dan Ayu Raudhah melalui Instastory masing-masing. 

Zaquan menulis ringkas: “Alhamdulillah, hari ini genap tujuh hari… semoga menjadi anak yang soleh Muhammad Aisy Al Jibreel bin Mohamad Zaquan Adha.”


Pasangan Zaquan dan Ayu bersama empat cahaya mata mereka sebelum kelahiran Aisy Al Jibreel pada minggu lalu. 


Sementara Ayu Raudhah pula menulis: "Alhamdulillah syukur kurniaan Allah bagi rezeki zuriat keturunan yang sempurna untukku. Semoga akhlak dan adabnya jugak,  sesempurna ciptaNya, menajdi anak yang soleh penyejuk hati mummy dan daddy.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dengan kata-kata yang baik, semoga segala-galanya kembali kepada anda.

“Muhammad Aisy Al Jibreel 1.94kg , slim je , kelahiran Jibreel memeriahkan keluarga kami. Kalau nak p (pergi) berjalan makna xdak (tiada) sapa (siapa) bole (boleh) tumpang dh (dah)…penuh qeta (kereta) 8 orang.”

Pengkongsian itu menerima respons positif daripada peminat yang mengucapkan tahniah sambil mendoakan yang terbaik untuk keluarga pasangan berkenaan. – KitaReporters

Zaquan dan Ayu merupakan pasangan yang romantis dan harmoni. - Kredit foto: zaqone_08 dan ayuraudhah_7



1
0
0
0
0
You will be interested