Seni & Sukan 29 Nov, 2022

Alamak! Selepas COVID-19, ada pula virus baharu daripada kelawar! Rakyat China kini bantah lockdown!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this


COVID-19 atau virus korona 2019 merupakan sebuah virus yang telah mengancam dan merubah kehidupan seluruh masyarakat di dunia. Ia mengambil masa kira-kira dua tahun untuk dipulihkan dan bertukar situasi dari pandemik kepada endemik.

Majoriti pakar kesihatan dan pengkaji teknologi perubatan berpendapat bahawa virus COVID-19 bermula dari sebuah wilayah di Republik China sebelum ia merebak ke seluruh dunia, termasuklah di negara kita, Malaysia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan haiwan kelawar


Rupa-rupanya virus COVID-19 bukanlah satu-satunya virus berbahaya yang dikesan dan dijumpai di wilayah Republik China itu, sebaliknya baru-baru ini terdapat satu lagi virus yang telah dikesan bermula dari tempat yang sama.

Virus terbaharu itu dikenali sebagai BtSY2. Ia dikatakan mempunyai kaitan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk 2 (SARS-CoV-2) yang menjadi punca kepada COVID-19.

Penemuan terbaharu itu dipelopori sekumpulan pasukan penyelidik yang terdiri daripada barisan pakar dari Universiti Sun Yat-sen, Universiti Sydney dan Institut Kawalan Penyakit Endemik Yunnan.

Menurut dapatan kumpulan pakar berkenaan, virus terbaru ini hasil daripada virus korona yang menggabungkan semula beberapa virus terdahulu seperti SARS, yang berkait rapat dengan kedua-dua SARS-CoV-2 dan 50 SARS-CoV.

Virus tersebut juga difahamkan berasal dari kelawar dan datang dari Wilayah Yunnan telah dikenal pasti sebagai tempat tumpuan spesies kelawar dan virus yang dibawa oleh haiwan itu


Sementara itu, pada Ahad, 27 November 2022 lalu, kira-kira 50 orang penunjuk perasaan telah berkumpul di Kedutaan Beijing untuk membantah dasar keras negara China berkaitan COVID-19.

Ini merupakan sebahagian daripada gerakan protes ‘anti-lockdown’ (antiperintah berkurung) yang sedang berkobar-kobar di seluruh republik tersebut.



Mereka berkumpul di sebelah Sungai Liangma di ibu negara China untuk menyanyikan lagu kebangsaan China, sebagai salah satu kaedah demonstrasi lain yang telah meletus di seluruh China.

Mereka juga memegang helaian kertas kosong sebagai simbol protes terhadap dasar pemerintah di negara tersebut.

Penunjuk perasaan yang rata-ratanya dalam lingkungan umur 20-an tersebut turut menjerit, "kami mahu hidup, bukan hanya bertahan!"

Penunjuk perasaan juga menyalakan lilin dan membawa bunga untuk memberi penghormatan kepada mangsa kebakaran baru-baru ini di wilayah Xinjiang, barat jauh China - kematian mereka dipercayai berpunca daripada langkah berkurung yang telah melambatkan usaha memadam kebakaran.


Kredit foto: BBC.com


Pemberontakan awam dan perbezaan pendapat sebegini amat jarang berlaku di China kerana dasar pemerintah yang tidak mengizinkan mereka berbuat demikian.

Namun, protes ‘anti-lockdown’ ini telah menular ke seluruh negara tersebut apabila orang ramai sudah tidak mampu bertahan dan bertambah muak dengan sekatan demi sekatan yang dilakukan oleh pemerintah China bagi bertujuan mengekalkan dasar sifar kes COVID-19.

Gelombang tunjuk perasaan ini bermula selepas kebakaran pangsapuri di Urumqi, ibu kota Xinjiang, yang telah membunuh 10 orang mangsa dan mencederakan sembilan yang lain pada Khamis, 24 November 2022.

Namun demikian, Kerajaan Tempatan Urumqi telah menafikan bahawa kematian 10 orang mangsa kebakaran pangsapuri tersebut adalah berpunca daripada dasar ‘total lockdown’ yang dikuatkuasakan oleh pemerintah.

Apapun, kes berkenaan telah terbukti menjadi titik permulaan terhadap kebangkitan pemberontakan awam dan perhimpunan menunjuk perasaan ini, terutama bagi mereka yang sudah muak dan marah atas langkah kejam yang digunakan pemerintah bagi menyekat orang ramai keluar dari rumah.

Terdahulu pada hari Ahad, 27 November 2022, ratusan pelajar dari Universiti Tsinghua Beijing turut memprotes di kampus, menyanyikan lagu yang sama dan mengangkat helaian kertas kosong sebagai tanda protes terhadap dasar ‘lockdown’ berkenaan. - KitaReporters


Kredit foto: Reuters

13
10
0
21
0
You will be interested