Indonesia turun dalam aksi terakhir kumpulan A Piala AFF 2022 untuk mencari kemenangan besar dengan harapan mampu memintas Thailand selaku juara kumpulan namun tidak kesampaian meskipun mencatat kemenangan 2-1 ke atas tuan rumah, Filipina pada 2 Januari 2022.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Memorial Rizal itu menyaksikan pasukan pelawat lebih garang dan mendominasi perlawanan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala AFF
Indonesia berjaya membuka tirai permainan pada minit ke-20 apabila Dendy Sulstyawan bijak menanduk selepas rakan sepasukan melakukan lontaran jauh.
Pelawat terus mengganas untuk gol kedua apabila bintang muda mereka, Marselino Ferdinan memcetak nama selaku penjaring pada minit ke-43.
Skuad Garuda ini perlu menang jaringan besar kerana ia membezakan antara mereka dan Thailand.
Filipina yang bermain di hadapan penyokong sendiri cuba mencari gol untuk elak kalah di di tempat sendiri biarpun mereka sudah tersingkir daripada saingan.
Dalam usaha Indonesia menambah jaringan, Filipina berjaya mendapatkan satu gol apabila Sebastian Rasmussen berjaya menanduk masuk hantaran rakan sepasukan biarpun dirinya di kawal ketat di dalam kotak penalti pada minit ke-83.
Beberapa peluang pada hujung permainan hampir membolehkan Indonesia menjaringkan gol tetapi pemain-pemain tidak menggunakan peluang itu sebaik mungkin.
Meskipun berkongsi 10 mata bersama Thailand namun perbezaan jaringan memaksa mereka berpuas hati di tangga kedua kumpulan.
Di separuh akhir nanti, Indonesia akan menanti juara kumpulan B bagi menentukan pasukan mana akan ke perlawanan akhir. - KitaReporters
Kredit foto-foto: FB PSSI