Seni & Sukan 01 Apr, 2022

Keluarga Malaysia di utara lakukan amalan berderau? Bergotong royong! Bekerja dalam satu pasukan!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this





Oleh: AMIR HASHIM YOT

Amalan "berderau" sudah lama dipraktikkan di kawasan utara tanah air khususnya di negeri jelapang padi, Kedah Darul Aman. Dengan kata-kata lain, berderau adalah bekerja secara gotong-royong iaitu bekerja dalam satu pasukan atau team.

Oleh itu, tidak ketinggalan juga di Kampung Menteri, Kuala Sepetang (dulu dikenali sebagai Port Weld) telah mengadakan aktiviti gotong- royong membersihkan Masjid Al Taufidiah dan persekitarannya anjuran komuniti setempat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan gotong royong

Sebahagian anggota Maritim, sukarelawan Bomba dan komuniti Kampung Menteri di Kuala Sepetang, Perak dan penduduk setempat.


Gotong royong tersebut mendapat kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Kuala Kurau, Perak; pasukan Sukarelawan Bomba, Kuala Sepetang;  Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) diketuai Ketua Kampung Mukim Jebong; dan Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Majmuk daerah Larut, Matang dan Selama serta turut dihadiri penduduk setempat pada Rabu, 30 Mac 2022 lalu.

Menurut Penaung Pertubuhan Kebajikan Pembangunan  Masyarakat Majmuk daerah Larut Matang dan Selama, Tun Ahmad Latifi, projek berderau itu bertujuan bagi memupuk semangat  kerjasama dan perpaduan penduduk setempat bagi menjalankan aktiviti pembersihan  seluruh kawasan masjid dan persekitarannya, secara bergotong royong..

Selain itu, katanya, dapat memupuk  semangat perpaduan  dan menjaga  kebersihan kesihatan penduduk persekitaran.



Sebahagian anggota Maritim mencuci dan membersihkan kawasan masjid dan persekirannya d Kg Menteri, Kuala Sepetang pada 30 Mac 2022.


Sementara itu, Pegawai Pemerintah Agensi Penguatkuasaan Maritim Zon Kuala Kurau, Mohd Shazeliza Ghazali berkata, membentuk masyarakat bersama-sama membabitkan diri dalam aktiviti gotong-royong bagi menjaga kebersihan kawasan setempat.

"Dengan cara itu dapat membantu kerajaan dalam menangani pelbagai penyakit berjangkit setelah kawasan itu sentiasa bersih," katanya.

Menurutnya, pasukan Maritim pada bila-bila masa boleh terbabit dalam program ini sebab Maritim mempunyai slogan Sahabat Maritim 2022 bersama komuniti setempat khususnya bergabung dengan Komuniti Kampung Menteri.


Tun Ahmad Latifi (kanan)  menyampaikan cenderahati kepada Mohd Shazeliza Bin Ghazali pada majlis gotong-royong di Kampung Menteri Kuala Sepetang.


Ketua Kampung Mukim Jebong, Harun Arshad mengalu-alukan penyertaan agensi kerajaan terbabit dalam khidmat masyarakat bersama komuniti di Kuala Sepetang.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada badan Kerajaan yang terbabit dalam program goyong-royong ini yang bermula dari  jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 tengah hari dengan menjamu selera masakan ala kampung. - KitaReporters


Pasukan Maritim bersama Komuniti Kampung Menteri bersama Sukarelawan Bomba dan badan bukan Kerajaan ( NGO) memasak  beramai secara gotong-royong.

17
12
0
12
0
You will be interested