Seni & Sukan 24 Apr, 2020

OMG!!! SPONGEBOB, PATRICK PAKAI BAJU MELAYU!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

SEBUT sahaja kartun Spongebob SquarePants pasti kanak-kanak tahu dan teruja mahu menontonnya. Kartun ini sangat popular di seluruh dunia termasuk Malaysia. Ia adalah siri televisyen animasi Amerika Syarikat yang dicipta oleh pendidik sains marin dan animator Stephen Hillenburg untuk Nickelodeon. : KitaReporters


Cerita kartun ini mengisahkan pengembaraan Spongebob dan rakan-rakannya di dunia bawah laut. 

Spongebob menjadi siri paling tinggi rating yang pernah ditayangkan di Nickelodeon.

Kebanyakan watak dalam Spongebob SqaurePants terdiri daripada hidupan laut antropomorfik berdasarkan spesies hidup sebenar. 

Antara watak popular adalah SpongeBob SquarePants, Squidward Tentacles, Patrick Star dan Mr. Krabs.

Sempena kehadiran Ramadan yang disambut oleh umat Islam seluruh dunia, laman rasmi Instagram kartun tersebut tidak ketinggalan memberi ucapan.

Namun, yang menjadi perhatian apabila ucapan itu disertakan dengan foto menunjukkan dua watak utama iaitu SpongeBob SquarePants dan Patrick Star berbaju kebangsaan Malaysia, baju Melayu!


“Wishing everyone a Happy Ramadan!” tulis Instagram tersebut.

Bayangkan kartun bertaraf antarabangsa seperti Spongebob dengan bangga menayangkan watak-watak utama dengan berpakaian kebangsaan Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia, sudah pasti ia adalah satu kebanggaan. Malah ia menjadi satu kelebihan untuk budaya dan tradisi Malaysia lebih dikenali di mata dunia.

Instagram rasmi tersebut mempunyai 2.8 juta pengikut dari pelbagai negara, bangsa dan budaya.

Malah, pengikut dari Malaysia turut meninggalkan komen menjelaskan baju yang dipakai oleh dua watak tersebut adalah baju Melayu!


Syukur kerana negara kita juga mempunyai industri animasi yang semakin menuju taraf antarabangsa dan dikenali di negara jiran seperti Upin & Ipin, Ejen Ali dan Boboiboy. - KitaReporters

 upinipinofficial : Ramadhan tiba! Ramadhan tiba! Marhaban ya Ramadhan


upinipinofficial : Alhamdulillah, esok kita akan mula berpuasa.

Pasti kita akan merindui ke Bazaar Ramadan dan solat terawih di Masjid. Biarpun puasa tahun ini berbeza, tetapi niat dan tujuannya masih sama.

Mari kita berpuasa dengan sepenuh jiwa tahun ini, perbanyakkan doa, amalan yang baik, berjimat cermat dan berbuka puasa dalam keadaan yang sederhana

2
0
0
1
1
You will be interested