Seni & Sukan 29 Aug, 2021

60 maahad tahfiz di Perak berdepan risiko ditutup! Dana sudah kering! Mohon MAIPk hulur bantuan

@rodly fadly
Memulakan kerjaya kewartawanan bersama Mingguan Perdana dan Harian Nasional pada 1983. Pada 1984-1991 menyertai Kumpulan Karangkraf sebagai Pengarang Arena Bolasepak dan Mingguan Sukan sebelum ke Berita Harian (1991-1997). Pemenang Anugerah Penulis Sukan Terbaik Malaysia 1986. Kini penulis bebas.

Share this


SEBANYAK 60 buah maahad tahfiz di Perak berdepan kemungkinan terpaksa ditutup jika langkah menyelamatkannya tidak segera dilakukan oleh pihak berkuasa negeri.

Pengerusi Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (PEMATAP), Mohd Azlan Suhaimi, berkata, dapatan itu adalah hasil kaji selidik dilakukan menerusi ‘Google form’ (borang) yang disertai 102 maahad tahfiz sejak 28 Mei 2021 lalu.

Kaji selidik itu dilakukan bagi mengenal pasti kesan yang terpaksa ditanggung oleh pusat pengajian itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara sejak Mei 2021 lalu, yang mana menyebabkan banyak aktiviti termasuk operasi maahad tahfiz tidak dibenarkan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Maahad Tahfiz


Azlan Suhaimi, Presiden PEMATAP.


“Apabila PKP 3.0 dilaksanakan, kami sudah menjangka ia akan memberi kesan ke atas maahad tahfiz dan hasil kaji selidik yang kami lakukan membuktikannya ia benar.

“Apabila maahad tahfiz tidak dibenarkan beroperasi, ia secara langsung menjejaskan pengurusan kewangan mereka kerana selama ini semua maahad tahfiz swasta ini bergantung sumber kewangan daripada yuran pelajar dan sumbangan orang ramai serta daripada badan-badan tertentu termasuk sektor korporat.

“Tapi, apabila pengajian ditangguhkan kerana PKP, yuran tidak dapat dikutip dan pihak-pihak yang selama ini memberi sumbangan turut ‘membekukan’ sumbangan mereka. 



“Keadaan ini menjejaskan sumber kewangan maahad tahfiz berkenaan sedangkan kos operasi seperti gaji guru dan kakitangan serta pengurusan pusat tetap perlu dibayar.

“Dalam kaji selidik yang kami jalankan itu, sebanyak 60 buah maahad tahfiz menyatakan, jika keadaan sebegini berterusan mereka hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja iaitu dari Mei hingga Ogos sementara selebihnya mampu bertahan empat hingga enam bulan.

“Ini bermakna, jika sesuatu tindakan tidak diambil dengan segera, berkemungkinan besar 60 buah maahad tahfiz ini terpaksa menutup pusat pengajian mereka mulai September 2021

ini.

“Kalau ini berlaku, ia adalah sesuatu yang amat menyedihkan kita umat Islam. Jika purata sebuah maahad tahfiz mempunyai 50 pelajar, kita akan kehilangan 3,000 orang bakal huffaz. Dan sudah tentu tenaga pengajar serta petugas pusat tahfiz itu akan turut kehilangan pekerjaan serta mata pencarian,” ujar Azlan.


Kaedah pembelajaran secara dalam talian kurang berkesan.


Menurut Azlan, walaupun mereka turut cuba menggunakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di Rumah (PdPR) sebagaimana diparktikkan oleh persekolahan biasa namun tidak memberi peratus yang tinggi dalam mengekalkan kualiti hafazan, malah pelajar yang tercicir melebihi 50 peratus.

Menurut Azlan, sebagai pusat pengajian swasta, mereka tidak mendapat geran tahunan daripada kerajaan kecuali bantuan baik pulih serta meningkatkan infrastruktur yang disalurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) apabila dipohon.

Selebihnya, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memberi duit poket RM100 kepada setiap pelajar secara ‘one off’ setahun sekali.

Pada masa sama Azlan tidak menafikan pada tahun 2020, kerajaan negeri pernah menyumbangkan sebanyak RM3 juta sebagai langkah membantu maahad tahfiz di Perak.

"Walaupun maahad tahfiz milik persendirian atau swasta, kami juga adalah sebahagian daripada kerajaan negeri kerana semua aset iaitu tanah dan bangunan sudah diwakafkan kepada MAIPk bernilai ratusan juta ringgit," kata Azlan.



Sehubungan itu, PEMATAP berharap pihak berkuasa agama negeri, khususnya MAIPk membuka mata serta memandang serius isu ini demi menyelamatkan maahad tahfiz yang terjejas itu.

Selain mengharap bantuan kewangan secara ‘one-off’ (sekali beri), PEMATAP turut meminta pertimbangan agar maahad tahfiz dibenarkan beroperasi semula mulai 1 September 2021 ini dalam tempoh PPN Fasa Dua.

“Sejujurnya, kami memang sangat mengharapkan huluran tangan MAIPk demi menyelamatkan maahad tahfiz ini daripada ditutup yang mana jika berlaku akan merugikan kita khususnya perkembangan Islam,” ujar Azlan. - KitaReporters


0
0
4
0
0
You will be interested