Gaya Hidup 23 Dec, 2020

Video| Kenangan Indah bersama Samsons! Kini kembali melalui V

@fariza saidin
First Editor of HAI Magazine, Jourmalist for WANITA Magazine of Utusan Group of Companies. Asst Chief Sub Utusan Malaysia, Journalist cum Blogger @ CCKakFasonline

Share this

SIAPA yang ingat lagu ‘Kenangan Terindah’ dipopularkan oleh kumpulan muzik Indonesia, Samsons. Lagu itu sehingga sekarang masih ‘evergreen’ dan menjadi siulan ramai sehingga mencapai lebih 80 juta tontonan dalam laman YouTube ketika ia dilancarkan pada tahun 2014. Kini, kembali dengan album terbaharu berjudul ‘V’. Mungkinkah ia akan mencipta satu fenomena lagi buat Samsons? : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan penyanyi:

https://kitareporters.com/search?search=penyanyi


Sesuai dengan judulnya ‘V’ yang dalam angka Roman bermaksud ‘5’, ia merupakan album kelima kumpulan yang dianggotai Ariadinata sebagai penyanyi, Irfan Aulia sebagai pemain gitar, Erik Partogi Siagian sebagai pemain gitar dan Aldri Dataviadi sebagai pemain bass ini, selepas album terakhir mereka pada tahun 2013 berjudul ‘Perihal Besar’.

Selepas itu mereka hanya melahirkan tiga buah single setiap tahun sejak 2016 iaitu ‘I Love You’. “Cinta Mati’ dan ‘Tuhan Tak Pernah Salah’ namun kesemuanya tidak mampu melawan populariti ‘Kenangan Terindah”.



Pun begitu, menariknya album kelima kumpulan yang lebih dari 17 tahun mengharungi industri muzik sejak kemunculan mereka pada tahun 2003 di Jakarta, Indonesia ini, Samsons kembali membawakan pengisian sentuhan orkestra menampilkan 55 pemain muzik oleh Budapest Scoring Symphony Orchestra.

Kali terakhir, mereka melibatkan Sydney Philharmonic Orchestra ketika menerbitkan album kedua mereka dalam tahun 2007 berjudul ‘Penantian Hidup’. Jadi untuk berkolaborasi sekali lagi dengan kumpulan orkestra  tentunya tidak mendatangkan masalah.

Pendek kata, kali ini tidak hairanlah apabila nuansa muzik yang disajikan mereka pada album terbaharu dan yang kelima ini terasa sangat megah dengan isian bunyi dari orkestra Budapest yang terdiri dari 40 pemain ‘strings’,  7  pemain ‘woodwinds’,  7 pemain brass dan seorang percussionis di mana mereka ini berpengalaman membuat 'scoring' untuk filem-filem Hollywood. 



Wow! Hebat kan?

Dan jika korang peminat tegar Samsons pasti tahu kan yang kumpulan ini seperti biasa, tetap memberikan warna muzik pop rock ballad untuk album mereka dan  “V” dengan  tema cinta tetap menjadi senjata utama untuk diangkat dalam cerita di setiap lirik lagunya. 

Lagu bertemakan romantis memang  identiti Samsons, walaupun tema cinta itu boleh diintepretasi atau diterjemahkan ke dalam banyak hal, secara universal.

Sementara dari segi susunan muzik, seperti  terdahulu, komposisi lagu pop ballad disematkan dengan bunyian ala orkestra menjadi paduan yang sempurna. 

Nuansanya menjadi megah dengan harmonisasi muzik yang elegan tapi tidak terkesan berlebihan malah terasa nyaman menikmatinya.



Album “V” terbitan Universal Music Indonesia ini mengandungi 12 buah lagu yang disajikan oleh Samsons bagi para penggemarnya waima ada antaranya telah diterbitkan sebagai single antaranya seperti lagu ‘I Love You’, ‘Cinta Mati’, ‘Ternyata Cinta’ dan ‘Tuhan Tak Pernah Salah’  selain lagu baharu seperti ‘Jika  Nanti’.

Bagi yang mahu menikmatinya boleh mendengarnya dalam semua platform muzik digital dan YouTube Samsons ya. - KitaReporters


You will be interested

Kurang tepat, membebankan! SAM mahu SOP kepada media buat liputan bola sepak dikaji semula!

SAM rayu beberapa peraturan kepada media untuk buat liputan pertandingan bola sepak dikaji semula kerana ia dianggap kurang tepat, agak membebankan dan mengarut

PKPP di Terengganu mulai 5 Mac 2021: Aktiviti keagamaan di masjid, surau dibenar diperluaskan

Penganjuran aktiviti agama di masjid, surau seluruh Terengganu akan dibenarkan susulan daripada pelaksanaan PKPP yang akan berkuat kuasa pada Jumaat 5 Mac 2021
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 3 days ago

Pengantin lelaki dihumban keluar dari rumah tingkat dua! Sebab tak mampu sedia hantaran mahal!

Bakal pengantin lelaki alami cedera patah tulang selepas dicampak keluar lalu tingkap dari tingkat dua bangunan kediaman di Mesir oleh ahli keluarga tunangnya
Amil Abdullah Saiby in Gaya Hidup 4 days ago

Pak Mat Serunding teruskan resipi arwah ibu! Kini sibuk dengan kedatangan Ramadan, hari raya!

Mohamed Ismail atau Pak Mat Serunding dari Kampung Laut, Tumpat semakin sibuk dengan kedatangan bulan Ramadan dan musim perayaan. Turut hasilkan serunding arnab
Rosdi Ismail in Gaya Hidup 5 days ago

Video| Erul Samah 'Tak Bisa' tolak imej K-Pop! Cipta single terbaharu lebih hebat, bertenaga!

Erul Samah cipta lagu Tak Bisa bagi kembali hangatkan industri muzik setelah hampir dua tahun menyepi. Masih dengan imej K-Pop dengan fokus kepada kekuatan lagu
Fariza Saidin in Gaya Hidup 5 days ago