TIDAK sanggup melihat kehalusan hasil kreativiti pembuat sarung parang yang menjadi idolanya dalam bidang seni kraf kayu lenyap, seorang usahawan perabut di Labis, Johor sanggup belanjakan puluhan ribu ringgit demi dapatkan ratusan bilah parang dihasilkan oleh tukang parang itu sebagai koleksi.
Allahyarham Ali Jamuk atau lebih dikenali sebagai Pak Ali dalam kalangan penduduk setempat dan tidak akan menjualnya walaupun pernah ditawarkan harga lumayan sebelum ini.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan parang
Azahari menunjukkan beberapa bilah pisau yang sesuai untuk tujuan melapah yang disimpannya sebagai koleksi.
Menurut Azahari, dia mula berjinak-jinak dengan seni kayu pada tahun 2000 dan ketika itu menjadi rutin hariannya berkunjung ke pondok usang di belakang rumah Pak Ali yang dijadikan tempatnya untuk menghasilkan pelbagai bentuk dan saiz sarung parang.
Kehalusan ukiran hasil kerja tangan Pak Ali walaupun usia menjangkau 80-an ketika itu.
Menurutnya, walaupun sudah mampu hasilkan sarung parang sendiri namun buat masa ini dia lebih memberi tumpuan terhadap perniagaan perabut kayu hanyut yang punyai peminat tersendiri selain pasaran lebih meluas.
"Saya bercadang untuk kembali aktif hasilkan sarung parang apabila sampai waktu sesuai nanti. Sayang rasanya jika sekadar membiarkan sahaja ilmu kemahiran sempat dipelajari daripada Pak Ali.
"Pemergian Pak Ali beberapa tahun lalu ketika usia hampir 100 tahun disifatkan kehilangan besar terhadap dunia seni kayu. Kehebatan beliau sukar dicari ganti dan ilmu dimilikinya tidak sempat diturunkan kepada mana-mana anak murid kecuali saya.
"Itupun hanya sempat mendapat 'sedikit' sahaja berbanding ilmu dimiliki Pak Ali. Konsep 'gigi Jawa' dengan ukiran larat dihasilkan beliau tidak akan pernah saya lupakan," ujarnya.
Sarung parang 'kembar' hasil kerja tangan Pak Ali yang merupakan salah satu koleksi kesayangan Azahari.
Tambah usahawan perabut kayu hanyut di Pekan Ayer Labis, Johor ini lagi setiap daerah dilawatinya punyai pembuat sarung parang yang cenderung dengan konsep serta bentuk tersendiri.
"Jika diperhatikan bentuk dihasilkan di negeri-negeri pantai timur dan pantai barat serta Sabah dan Serawak adalah berbeza dan mudah dibezakan kerana mempunyai identiti tersendiri.
Koleksi pelbagai bentuk dan konsep sarung parang yang disimpan oleh Azahari
Azahari menunjukkan salah satu bentuk unik sarung parang yang dihasilkan oleh Pak Ali.
Azahari menunjukkan sebahagian daripada koleksi parang pelbagai bentuk dan saiz yang dihasilkan bersama Allahyarham Pak Ali berada dalam simpanannya.