Seni & Sukan 24 Oct, 2020

Baiki bubu semasa tengkujuh! Nelayan Terengganu dapat kawat!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

SUDAH menjadi kelaziman kepada nelayan di Terengganu apabila tiba musim tengkujuh mereka menghentikan aktiviti menangkap ikan di laut kerana keadaan laut sentiasa bergelora dan berbahaya kepada nelayan terutama nelayan pantai. Sebab itu, bermula bulan November hingga penghujung tahun 2020, nelayan terbabit terpaksa melakukan kerja-kerja sampingan. : KitaReporters


Pengerusi Jawatankuasa  Pertanian,Industri Makanan,Perladangan Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Dr Azman (tengah) melakukan simbolik penyerahan kawat bubu kepada nelayan


Kerja-kerja sampingan itu termasuk membaik pulih bot, membuat bubu dan menjahit pukat bagi mengisi masa yang terluang sepanjang tempoh laut bergelora itu. 

Namun, untuk melakukan kerja-kerja tersebut nelayan terbabit memerlukan perbelanjaan untuk membiayai pembelian peralatan, kerana tidak semua mereka mampu membelinya selepas sumber pendapatan mereka turut terjejas akibat tidak dapat turun ke laut kerana Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini PKP Bersyarat (PKPB).

Bagaimanpun nasib nelayan di Terengganu amat beruntung kerana Kerajaan Negeri menyediakan dana khas bagi membantu nelayan yang menghadapi masalah ketika berhadapan musim tengkujuh tahun 2020 ini.


Dr Azman menyerahkan kawat bubu kepada seorang nelayan


Keresahan nelayan terbabit kini terjawab apabila kerajaan menyediakan peruntukan RM100,000 melalui Jabatan Perikanan Malaysia Terengganu untuk mengagihkan bantuan peralatan kepada nelayan di negeri tersebut, khususnya nelayan pantai bagi membantu peningkatan hasil tangakapan perikanan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, sebanyak 123 nelayan terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40) di seluruh negeri menjadi penerima pertama program tersebut.


.

Dr Azman Ibrahim


Katanya, menerusi peruntukan tersebut Jabatan Perikanan mengagihkan kawat bubu, pukat dan juga kit keselamatan

Sebanyak 123 penerima kawat bubu terdiri daripada 47 orang dari daerah Besut, Setiu (12 penerima), Marang (12), Dungun (8) dan Kemaman (26) dalam agihan secara terus pada  hari ini, Sabtu 24 Oktober 2020, termasuk nelayan-nelayan di Kuala Terengganu iaitu seramai dua orang dan Kuala Nerus (16 penerima).


Seorang nelayan mengangkat kawat bubu ke dalam kereta selepas menerima bantuan peralatan tersebut 


Beliau berkata, pada musim tengkujuh, biasanya nelayan akan isi masa dengan jahit pukat buat bubu, jadi pemberian ini kena pada masanya dan walaupun tak banyak, tetapi membantu menyelesaikan beberapa perkara.

"Kita juga berharap kerajaan dapat memberikan peruntukan lebih besar pada tahun depan untuk memperbanyak lagi program bantuan semua sektor pertanian di mana, hasrat kita untuk memudahkan dari segi birokrasi dan sampai kepada kelompok sasar," katanya.


Nelayan di Terengganu sedang  melakukan kerja-kerja menjahit pukat


Beliau berkata,program bantuan itu merupakan peringkat ketiga bantuan kepada nelayan Terengganu.

Dr Azman berkata, program ini baru dilancarkan tahun ini. 

"Semasa dua tahun pertama, kita kenal pasti masalah sebenar nelayan terutama nelayan pantai iaitu kurangnya sumber perikanan dan pencerobohan.

"Jadi, pada dua tahun pertama, Terengganu menjadi negeri paling aktif melabuhkan tukun dan unjam serta jadi satu-satunya negeri yang melaburkan dana untuk program ini. Manakala, tahun ini kita fokus beri bantuan, sesuai dengan susur galur permasalahan mereka," katanya. - KitaReporters


Bubu yang diperbuat daripada kawat 

3
0
0
0
0
You will be interested