SIAPA sangka kehadiran pandemik COVID-19 bukan sahaja memusnahkan kehidupan namun ada juga kebaikan sepanjang tempoh dunia 'berduka' selama dua tahun tersebut.
Buktinya seorang remaja dari Auckland, New Zealand mencipta rekod dunia dengan membina kereta api mainan yang dilengkapi 101 gerabak menggunakan permainan Lego.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan mencipta rekod dunia
Memetik agensi berita United Press International, kejayaan mencipta kereta api itu diinspirasi ketika kebanyakan negara di dunia melaksanakan perintah berkurung sekali gus menyebabkan ahli keluarganya hanya berehat di rumah sambil banyak menonton televisyen.
Kebosanan melanda mendorong Alexander Blong melakukan sesuatu yang berlainan.
“Semuanya mendapat inspirasi membina kereta api selepas menonton drama bersiri Snowpiercer yang mengisahkan tentang kereta api yang panjang dan mampu mengelilingi dunia.
Keterujaan tersebut akhirnya membuahkan kejayaan remaja berusia 14 tahun itu apabila berjaya menghasilkan kereta api yang diidamkan.
Mesti tak tidur malam semata-mata nak siapkan kereta api tersebut, kan?
Inilah yang dikatakan usaha tangga kejayaan, Alex akhirnya berjaya menyiapkan kereta api sepanjang 82 kaki (24.9 meter) dalam tempoh 50 jam.
Lebih membanggakan lagi, hasil kerja seni menggunakan blog Lego tersebut melayakkan remaja berusia 14 tahun itu dianugerahkan Guiness World Record kerana telah membina kereta api dengan gerabak yang paling banyak di dunia.
Siapa sangka dia berjaya mengalah rekod sebelum ini dari India yang hanya mempunya 32 gerabak sahaja.
Malah, kejayaan hebat tersebut terus memberikan inspirasi kepadanya untuk memasang impian serta menghasilkan projek yang lebih besar pada masa akan datang.
“Ini benar-benar luar biasa dan memberi inspirasi kepada saya untuk bermimpi dan mencipta projek yang lebih besar,” katanya kepada Guiness World Records.
Menurut Guiness World Record, remaja berkenaan telah berminat dengan permainan Lego sejak menerima set pertamanya ketika usinya empat tahun. Sejak pada itu, dia gemar membina, mencipta kerana ia mempunyai bentuk dan struktur yang berbeza.
Malah, percaya itu adalah cara terbaik buatnya untuk membina objek fizikal daripada imaginasi serta menggalakkan kreativiti. - KitaReporters