Insan & Komuniti 12 Jul, 2025

Apa itu cold violence? Keganasan dingin? Ramai tercengang! Tak tahu maksudnya! Punca perceraian artis!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. đź“§: akmar_mm@yahoo.com

Share this

Pasangan ini telah bercerai pada Januari 2024 yang lalu.


Pada Julai 2025 media melaporkan tentang perceraian pelakon lelaki popular iaitu Rusdi Ramli bersama pasangan, Sharon Paul. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 dan dikurniakan dua cahaya mata, Reo Ridza, 16, dan Ryan, 13.

Dedah Sharon, mereka sebenarnya sudah bercerai pada Januari 2024 yang lalu. Malah dakwa Sharon dia kini lega kerana sudah bebas daripada cold violence (keganasan dingin) ketika bersama Rusdi. 

Namun istilah tersebut membuatkan ramai netizen tertanya-tanya kerana tidak tahu maksudnya. Istilah tersebut agak janggal dan jarang kedengaran.


Peguam ini berkongsi ciri-ciri cold violence dalam media sosial miliknya.


Justeru perkongsian seorang pengguna TikTok (Hafiz Roslan) yang juga seorang peguam mengenai maksud istilah tersebut, membuatkan ramai netizen tersedar. 

Perkongsian ilmu tersebut juga akhirnya memberi jawapan kepada persoalan mereka sejak isu perceraian pelakon popular tersebut didedahkan.

Walaupun peguam ini tidak memetik atau mengaitkan dengan mana-mana artis, namun ia tetap ilmu yang sangat berguna.



Cold violence ialah penderaan mental dalam rumah tangga. Dia memberi lima ciri cold violence yang membuatkan pasangan menjadi tertekan dan rendah diri sehingga akhirnya bercerai. 

Antaranya ialah silent treatment, emotional neglect (pengabaian emosi), menghina secara halus, membuat pasangan rasa bersalah tanpa sebab jelas dan kritikan berterusan tanpa sokongan emosi.




Menurut salah seorang netizen, setelah membaca penjelasan yang diberikan, baru dia sedar selama ini dia juga salah seorang mangsa cold violence.




“Apabila baca barulah tahu saya juga adalah mangsa cold violence. Sakit weii sakit sangat. Rasa diperbodohkan. Puas memikir untuk jadi isteri terbaik buat suami tapi tetap salah di mata suami. 

"Akhirnya saya bebas setelah 17 tahun harungi kisah derita hidup rumah tangga.

“Hari ketika diceraikan saya rasa batu besar yang berat di bahu ini terbang melayang. Rasa ringan badan. Rasa lapang fikiran dan hati berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi. Dan sekarang sudah 15 tahun berlalu tetap memilih jadi bujang sebab trauma. Minda tetap berfikir bahawa ramai lelaki dalam dunia yang suka dera mental isteri,” luah netizen tersebut.




Dalam ruangan komen, kelihatan ramai yang meluah dan berkongsi perkara sama terutama pihak isteri. 

Rupa-rupanya cold violence banyak menjadi barah dalam rumah tangga cuma mereka tidak sedar dan istilah ini juga jarang digunakan. 

“Saya baru tahu cold violence ni umpama kuman yang makan diam-diam kat dalam. Terima kasih tuan sebab kongsi,” tulisnya.




Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi kesedaran kepada pasangan suami isteri. 

Sekiranya ada masalah ini dalam rumah tangga, cepat-cepatlah berjumpa pihak ketiga agar ia dapat diselesaikan. Jangan biarkan cold violence membarah dalam rumah tangga. Bertindak sebelum terlambat! - KitaReporters



12
12
0
15
0
You will be interested