ULAMA adalah insan mulia kerana mereka meneruskan kerja nabi-nabi iaitu dakwah dan mengajak manusia kembali ke jalan Allah SWT.
Untuk itu, Allah SWT membezakan antara orang berilmu dan tidak berilmu dalam firman-Nya:
“Allah meninggikan darjat orang yang beriman antara kamu, dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat,”. [al-Mujadalah:11]
Mereka iaitu ulama ialah pewaris Nabi SAW sebagaimana dalam hadis.
Daripada Abi al-Darda’ r.a. berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham. Akan tetapi mereka mewariskan ilmu, maka barangsiapa yang mengambil warisan tersebut, maka dia telah mengambil bahagian yang banyak,”. [Riwayat Abu Daud (3641).