Agama 10 Oct, 2019

TERPUTUS REZEKI? REZEKI ALLAH SANGAT LUAS, AYUH KITA CARI...

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi. 

Kongsi minda, bersih jiwa.

Renungan,

Terputus rezeki?

Jangan mengeluh.

Setiap orang telah ditentukan rezekinya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Redha dan bersyukur kerana terpilih diuji oleh Allah SWT.

Rezeki di bumi Allah sangat luas...

Carilah di mana sahaja, yang penting usaha dan doa. Hentikan tangisan. Mulakan tindakan.

Walau perlahan, pastikan usaha berjalan.

Sebagai hamba-Nya yang beriman, kita perlu yakin yang setiap rezeki yang kita perolehi semuanya ketentuan dari Allah. 

Andai ada tersekat di mana mana, itu adalah ujian dari-Nya.

Sedarlah, kalau kita susah ada lagi orang yang lebih susah.

Kita perlu bersabar dan yakin akan rezeki dari Allah. Betul, kita telah berusaha sedaya upaya tetapi perancangan Dia sudah pasti yang terbaik untuk kita.

Bersangka baik kepada Allah, juga kepada mereka yang lebih berjaya dari kita. Jangan marah atau dengki dengan kejayaan mereka kerana rezeki kita berbeza-beza.

Redha, bersabar dan sentiasa berusaha dengan lebih baik lagi.

Insya-Allah, rezeki pasti akan datang kepada kita.

Ada yang cepat, ada yang lambat. Bersedia setiap masa.

Senang bercakap kan?

Yang menanggung bagaimana?

Terimalah apa yang Allah bagi dengan lapang dada, berbaik sangka. Allah tahu siapa yang Dia pilih untuk diuji. Mereka yang kuat, tabah dan sabar! Mereka yang mampu melawan ujian-Nya.

Realiti kehidupan, ada orang yang buat kerja sikit tapi dapat hasil yang banyak, begitu sebaliknya. Itu habuan masing-masing.

Apapun hasilnya, bersyukurlah, jangan merungut. Allah sedang mempersiapkan yang lebih baik.

Ingatlah..

Sentiasa amalkan amalan menjemput rezeki dengan terus berdoa dan berusaha. Tidak cukup sekali tetapi perlu dilakukan setiap masa. Jangan berhenti. Minta sungguh-sungguh kepada Allah.

Kita juga tidak boleh hanya berserah kepada nasib semata-mata kerana Allah tidak akan mengubah nasib seseorang jika mereka tidak berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri termasuk kita.

Sentiasa bersyukur tidak kira rezeki banyak atau sedikit kerana kita kena ingat,

Rezeki yang banyak bermula dari yang sedikit.

Rezeki tidak pernah salah alamat

Kita yang kadangkala menolak rezeki.

Jika mahu dihitung, ada terlalu banyak nikmat yang kita perolehi dalam hidup ini. Tidak kira sama ada nikmat yang kecil atau besar.

Kita yang tidak nampak.

Berdoalah semoga Allah sentiasa merahmati dan memberi rezeki yang mencurah-curah dalam kehidupan kita. Insya-Allah.

❤️🌹 Berusaha mencari, gali sampai dapat. Nikmat dari Ilahi pasti berkat. ❤️🌹

4
0
0
1
0
You will be interested

TAHU TAK? BAIK BURUK ANAK BERASASKAN BAIK BURUK KITA

INSTITUSI Kekeluargaan memainkan peranan penting dalam membentuk acuan masyarakat positif dan berwawasan pada masa depan di negara ini.

Isa Ramli in Agama 5 years ago

MANFAAT DUA AYAT TERAKHIR AL-BAQARAH

KITAB al-Quran yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui Jibril AS mempunyai seribu satu rahsia
Hashnan Abdullah in Agama 5 years ago

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SELANGOR MERIAH

Seramai 45 kakitangan dan pelajar UIAM menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam, Selangor pada Sabtu (9/11/2019) lalu
Roslan Rusly in Agama 5 years ago

MOH KITA "INGAT NABI, SEBUT NABI, JAGA NABI"

Umat Islam hendaklah menghayati dan mencontohi sikap dan pekerti mulia baginda SAW untuk diterapkan dalam kehidupan seharian
Ahmad Abd Hamid in Agama 5 years ago

INI SYAHADAH PALING 'NERVOUS' - BRO FIRDAUS

Bagi Bro Firdaus, selepas 14 tahun memeluk agama Islam, pimpinan dua kalimah syahadah untuk ibunya sendiri adalah satu detik yang pasti tidak akan dapat dia lupakan.
Mohd. Hazli Hassan in Agama 5 years ago