Agama 13 Sep, 2019

KONGSI MINDA BERSIH JIWA: APABILA KENING, SEJADAH BERTEMU

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this
Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat yang barokah, penghulu segala hari.Kongsi minda bersih jiwa.

Gambar dari https://all-free-download.com/free-vectors/


Renungan

Berdoa kepada Allah

Bersujud kepada-Nya

Seiring kata dan air mata

Kita bebas menikmati kehidupan ini secara lebih luas, bahkan dalam keadaan susah sekali pun kita mampu berjuang kerana kita yakin bersama Allah semua akan baik-baik saja

Ya. Dia sentiasa ada di sisi kita.

Allah tidak pergi dari kehidupan kita, tetapi Dia sedang mengatur kehidupan yang perlu untuk kita melalui dan memikirnya secara mendalam.

Akan tetapi untuk mendapatnya bukan mudah. Perlu kekuatan jiwa dan keimanan yang kukuh dalam diri.

Kita perlu berusaha dan berdoa!

Allah Mendengar dan Melihat. Dia menunggu untuk mendengar suara hamba-Nya yang perlukan pertolongan.

Selalunya kta lemah dalam berdoa.

Sebab, lidah kita kelu ketika menyampaikan hajat-hajat kita kepada Allah kerana dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Tapi ingatlah...

Pertemuan kita dengan Allah pada setiap saat kita bersolat adalah masa paling berharga. Masa yang Jangan dibiar berlalu tanpa berdoa kepada-Nya.

Saat apabila kening dan sejadah bersatu.

Dalam syahdu mengukir kata dan mengalir air mata.

Sesungguhnya, kehidupan dunia yang sementara ini memang penuh dengan drama lakonan manusia. Sehingga ada waktu kita tersesat di tengah-tengah keseronokan dunia dan tidak bertemu jalan pulang ke pangkal.

Semoga Tuhan selalu melindungi kita. Merahmati dan memberkati kebaikan yang kita buat dalam mencari keredaan-Nya di perjalanan ini.

Sesungguhnya

Siapa yang mengenali dirinya, dia akan mengenali Tuhannya.

Mengenali luaran dan dalaman diri dengan memperbaiki kekurangan, merubah sifat negatif dan meletakkan Allah di tempat paling atas di dalam hidup.

Yang penting, jangan lupa berdoa. Jangan berhenti berdoa. Lambat cepat Insya-Allah dapat.

Ya Allah ampuni dosa-dosa kami. Dosa ibu bapa kami, keluarga dan sahabat kami. Murahkan rezeki kami dan lindungi kami daripada musibah dan kurniakan kami dengan kesihatan yang baik serta bahagia dunia akhirat.

KepadaMu Ya Allah kami berserah.

❤️🌹Mencari cinta manusia celaru jiwa, mencari cinta Ilahi nikmatNya kekal abadi ❤️🌹

AL FATIHAH untuk Osman Omar dan keluarga yang telah Kembali kepada-Nya. Aamiin.

0
0
0
0
0
You will be interested

TAHU TAK? BAIK BURUK ANAK BERASASKAN BAIK BURUK KITA

INSTITUSI Kekeluargaan memainkan peranan penting dalam membentuk acuan masyarakat positif dan berwawasan pada masa depan di negara ini.

Isa Ramli in Agama 5 years ago

MANFAAT DUA AYAT TERAKHIR AL-BAQARAH

KITAB al-Quran yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui Jibril AS mempunyai seribu satu rahsia
Hashnan Abdullah in Agama 5 years ago

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SELANGOR MERIAH

Seramai 45 kakitangan dan pelajar UIAM menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam, Selangor pada Sabtu (9/11/2019) lalu
Roslan Rusly in Agama 5 years ago

MOH KITA "INGAT NABI, SEBUT NABI, JAGA NABI"

Umat Islam hendaklah menghayati dan mencontohi sikap dan pekerti mulia baginda SAW untuk diterapkan dalam kehidupan seharian
Ahmad Abd Hamid in Agama 5 years ago

INI SYAHADAH PALING 'NERVOUS' - BRO FIRDAUS

Bagi Bro Firdaus, selepas 14 tahun memeluk agama Islam, pimpinan dua kalimah syahadah untuk ibunya sendiri adalah satu detik yang pasti tidak akan dapat dia lupakan.
Mohd. Hazli Hassan in Agama 5 years ago