Agama 05 Sep, 2019

AJK SURAU TIDAK DIBENARKAN PEGANG JAWATAN POLITIK

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
INDIVIDU yang berminat menduduki mana-mana kerusi jawatankuasa (AJK) surau di Selangor tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan politik. 

Barisan Ahli Jawatankuasa (AJK ) Surau Kariah Lestari Perdana 7  (LP7) bagi sesi 2020-2022 bergambar kenangan bersama Nazir Masjid Al Muttaqqin, Taman Equine, Wan Jamali Wan Kamruddin  (empat dari kiri) salepas  selesai Mesyuarat Agung Khas pemilihan pada Rabu malam lalu (8 September).


Langkah ini bertujuan untuk menjaga keharmonian rumah Allah daripada dicemari dengan perkara-perkara bertentangan dengan agama Islam atau yang  boleh menjejaskan perpaduan masyarakat setempat.

Sehubungan dengan itu mana-mana individu yang dicalonkan memegang jawatan AJK surau bagi pemilihan sesi 2020 - 2022 jika terlibat dengan politik perlu memilih salah satu sama ada terus kekal dengan parti siasah atau hanya sebagai AJK surau sahaja.

Perkara ini diberitahu oleh Wan Jamali Wan Kamaruddin yang merupakan Nazir Masjid Al Muttaqqin, Taman Equine, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan semasa mempengerusikan Mesyuarat Agung Khas Pemilihan AJK kali ke-2 ( Sesi 2020-2022),  Surau Lestari Perdana 7 (LP7) Rabu malam (8 September) di pekarangan surau berkenaan. 

Keahlian jemaah surau yang berdaftar sehingga hari ini berjumlah 78 orang.

Ciri-ciri ini, katanya merupakan antara syarat pelantikan AJK Surau yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS) antara lain bertujuan mengekalkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan jemaah surau dalam sesuatu qariah.  

"Selain itu, JAIS juga turut menetapkan syarat pelantikan mereka yang dicalonkan mestilah tidak terlibat dengan kegiatan negatif saperti jenayah, pecah amanah, penyalahgunaan barangan terlarang, rasuah dan sebagainya, " ujar beliau.

Menurut Wan Jamali, Surau LP7 merupakan generasi termuda daripada 17 buah surau di bawah pentadbiran Masjid Al Muttaqqin.

Mesyuarat Agung Khas Pemilihan AJK baru yang berlangsung dalam suasana harmoni dan santai berjaya menggabungkan antara generasi muda bakal pemimpin masa depan dengan golongan dewasa berpengalaman dalam barisan AJK merupakan kombinasi mantap untuk memaju dan meningkatkan prestasi ke arah menjadikannya sebagai sebuah institusi komuniti khususnya bagi menarik minat golongan muda serta kelompok mereka yang suka membuang masa bersidai di kedai-kedai kopi menjinakkan diri ke rumah Allah.

Pada pemilihan kali ini, Pengerusi sedia ada, Haji Abdul Rahim Ali berjaya mengekalkan jawatannya dengan menewaskan Haji Hassan Abdullah. Bagaimana pun ahli kariah pada pemilihan itu kemudian melantik Haji Hassan sebagai Timbalan Pengerusi.


Bagi jawatan-jawatan lain:

Imam : Mohd Amin Md. Ahya (muka lama )

Bilal : Ismail Ibrahim, Siak , Mohammad Ibrahim (muka lama)

Setiausaha : Mohd. Nasul Ahmad

Penolong Setiausaha : Shahnizam Shaharuddin

Bendahari : Mohd. Kiri Jit

Ketua Pemuda : Abdul Rahman Abdul Hamid

Ketua Muslimat : Arbaiyah Aini

Pengurus Jenazah Muslimat : Roziah Romly. 

Tiga orang AJK yang dipilih ialah Hairi Eberahim, Farah Izzati Hasnan dan Nor Hapizah Mohammed Ullah

Dua Pemeriksa Kira Kira : Mohd. Isa Ibrahim dan Mohd. Razali Sayuti


Sebelum ini Surau Lestari Perdana 7 juga dikenali dengan nama Surau Al Maudoodi, bagaimana pun setelah pendaftarannya dikemukakan kepada JAIS ditukar kepada Surau LP7 hasil persetujuan dalam mesyuarat khas bagi penukaran nama berkenaan. 

Cadangan untuk nama Surau LP7 memperolehi 7 undian, Darul Salam 4 undi, Saidina Umar dan Asy Syahid masing-masing satu undi.

Sebahagian jemaah Muslimin yang hadir.


Antara jemaah Muslimat yang hadir memeriahkan mesyuarat kali ini.

1
0
0
0
0
You will be interested

TAHU TAK? BAIK BURUK ANAK BERASASKAN BAIK BURUK KITA

INSTITUSI Kekeluargaan memainkan peranan penting dalam membentuk acuan masyarakat positif dan berwawasan pada masa depan di negara ini.

Isa Ramli in Agama 5 years ago

MANFAAT DUA AYAT TERAKHIR AL-BAQARAH

KITAB al-Quran yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui Jibril AS mempunyai seribu satu rahsia
Hashnan Abdullah in Agama 5 years ago

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SELANGOR MERIAH

Seramai 45 kakitangan dan pelajar UIAM menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam, Selangor pada Sabtu (9/11/2019) lalu
Roslan Rusly in Agama 5 years ago

MOH KITA "INGAT NABI, SEBUT NABI, JAGA NABI"

Umat Islam hendaklah menghayati dan mencontohi sikap dan pekerti mulia baginda SAW untuk diterapkan dalam kehidupan seharian
Ahmad Abd Hamid in Agama 5 years ago

INI SYAHADAH PALING 'NERVOUS' - BRO FIRDAUS

Bagi Bro Firdaus, selepas 14 tahun memeluk agama Islam, pimpinan dua kalimah syahadah untuk ibunya sendiri adalah satu detik yang pasti tidak akan dapat dia lupakan.
Mohd. Hazli Hassan in Agama 5 years ago