Insan & Komuniti 05 Dec, 2022

Video| Tahniah Kak Ogy? Fauziah Ahmad Daud dah dirisik, dipinang! Majlis minggu depan! Adakah gimik?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Siapakah lelaki yang berjaya mencuri hati Ogy

PELAKON terkenal dan pengarah drama Fauziah Ahmad Daud bakal berkahwin tidak lama lagi? Berita ini nampaknya sukar diterima oleh peminat seni tanah air

Ini kerana insan seni sensasi ini sudah berusia 60 tahun pada 10 Oktober 2022 dan setelah berpisah dengan Eman Manan, 62, pada 2003 tidak terdengar dia bercinta lagi. Namun kini hatinya kembali terbuka untuk berumah tangga.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Kak Ogy atau Fauziah Ahmad Daud


Ogy dan Eman pada hari perkahwinan

Setelah diganding bersama dalam sejumlah filem, percintaan hangatnya dengan Eman Manan (Abdul Manan Embong), 64, iaitu pelakon ‘idaman Malaya’ tahun 1980-an hingga 1990-an telah disatukan dengan perkahwinan pada 23 Disember 1990. 

Bagaimanapun perkahwinan tanpa cahayamata itu hanya bertahan selama 13 tahun selepas perceraian pada 2 Julai 2003.

Ramai yang menyangka berita Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy bakal berkahwin lagi itu hanya sebagai gimik drama.

Bagaimanapun berita itu mula dipercayai apabila Ogy memuatkan paparan tulisannya dalam laman sosialnya.

Terdapat netizen yang meneka mungkin bakal suami itu lebih muda dari usia Ogy. Malah ada juga meneka Ogy bakal kembali bersatu dengan Eman yang merupakan seorang jaguh persilatan.


Fauziah atau lebih mesra disapa Kak Ogy mengakui kini hanya menghitung waktu menanti hari disiifatkan penuh bahagia itu.



Menerusi hantaran dalam media sosialnya, Ogy menjelaskan sudah menerima pinangan selain tidak sabar menantikan detik itu.

"Pada mulanya dirisik, kemudiannya masuk meminang. Pinangan diterima. Majlis minggu depan, tak sabarnya kita," tulisnya.

Kini yang menjadi tanda tanya ialah siapakah lelaki yang melamar bintang sensasi ini. Adakah dia dari golongan dikenali atau sekadar individu biasa.

Berdasarkan tulisan itu, hari berbahagia itu mungkin diadakan pada Sabtu atau Ahad (10 atau 11 Disember 2022) ini.


Ogy ketika kecil bersama ayahnya Ahmad Daud

Ayah dan bonda Ahmad Daud dan Saadiah

Ogy pernah menjadi primadona filem Melayu sekitar tahun 1980-an. Bermula dengan filem ‘Hati Batu’ pada 1973, ‘Permintaan Terakhir’ (1975) ‘Ceritaku Ceritamu (1979) sebagai pelakon kanak-kanak dan awal remaja, Ogy kemudian menjadi rebutan pengarah filem.

Namun filem ‘Azura’ dan ‘Ali Setan’ (1984) serta ‘Suara Kekasih’ (1986)  melonjak nama Ogy sebagai primadona filem Melayu pada era 1980-an. 

Kini Ogy yang merupakan anak kepada bintang seni, biduan Allahyarham Datuk Ahmad Daud dan seniwati Saadiah, selain masih berlakon dan mengarah drama TV dan teater, juga  menjadi guru lakonan. - KitaReporters

Ogy sebagai Asmidar bersama Azmil Mustapha dalam filem 'Ali Setan'

8
12
0
8
0
You will be interested